PONTIAN: "Saya tidak akan lupa bahawa saya datang dari Benut," kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohamad sambil menegaskan bahawa pembangunan di Benut yang terletak di dalam daerah Pontian itu akan terus dekat dihatinya.
Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata beliau akan berusaha membawa pembangunan ke Benut bagi mengubah suasana dan landskapnya supaya kawasan itu tidak hanya terkenal dengan burasak iaitu makanan tradisi masyarakat Bugis.
"Saya tidak akan lupa bahawa saya datang dari Benut dan mendapat sokongan daripada orang Benut, tentunya cara untuk membangunkan Benut menjadi keutamaan saya.
"Kita akan cuba ubah suasana dan keadaan landskap Benut, bukan hanya terkenal dengan burasak sahaja. Kita akan bawa banyak lagi program pembangunan ke tempat ini. Benut tiada kurangnya dengan kawasan lain (di Johor) yang boleh kita banggakan," katanya.
Hasni berkata demikian ketika melancarkan antologi puisi 'Untukmu Yang Bertandang' di Rumah Citra Sri Pinang, Benut di sini hari ini.
Ketika ditemui pemberita selepas itu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut itu berkata beliau akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar negeri ini sekiranya BN diberi mandat pada 12 Mac ini.
Beliau berkata sekolah menengah agama berasrama penuh akan dibina di Benut sekali gus boleh menjadi sumber membekalkan tenaga pelajar bagi memenuhi pembangunan Kolej Universiti Islam Johor yang sedang dirancang.
Menurut Hasni, pembangunan tersebut selari dengan hasrat untuk membangunkan 'Education Avenue' di sepanjang pekan Benut.
"Ini kerana di sepanjang jalan utama Benut ini terdapat sekolah-sekolah dan kita telah mulakan langkah untuk mengubah landskap dan juga ciri-ciri yang ada di pekan Benut ini supaya ia memiliki aspek pemodenan yang boleh diperkenalkan di Benut ini.
"Saya yakin dan percaya itu akan menjadi pencetus kepada pembangunan seterusnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Hasni yang juga Pengerusi BN Johor berkata beliau akan berusaha membawa pembangunan ke Benut bagi mengubah suasana dan landskapnya supaya kawasan itu tidak hanya terkenal dengan burasak iaitu makanan tradisi masyarakat Bugis. - fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

UMNO Johor percaya Zahid akan ambil tanggungjawab yang sewajarnya - Hasni
Hasni berkata, keyakinan pengundi kepada UMNO perlu segera dipulihkan agar parti itu kembali diyakini semua rakyat Malaysia.

Calon MB Johor: Hasni beri laluan kepada orang muda
Spekulasi mengenai calon Menteri Besar Johor yang baharu terus menjadi tanda tanya di sebalik kejayaan Barisan Nasional menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

"Saya tidak akan lupa saya datang dari Benut," kata Hasni
"Saya tidak akan lupa bahawa saya datang dari Benut," kata MB Datuk Hasni Mohamad sambil menegaskan bahawa pembangunan di Benut yang terletak di dalam daerah Pontian itu akan terus dekat dihatinya.

PRN Johor: Calon BN diumum selewat-lewatnya tiga hari sebelum 26 Feb - Hasni
Senarai penuh calon parti Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diumumkan selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari penamaan calon pada 26 Februari ini.

PRN Johor: Hasni akan terus pimpin kerajaan negeri jika BN dapat mandat rakyat - Zahid
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Hasnimempunyai kaliber dan kewibawaan yang diperlukan untuk terus memimpin Johor.

PRN Johor: Hasni beri bayangan PRN, Suhaizan nafi terima surat pembubaran DUN
Suhaizan dipetik beberapa media sebagai berkata, beliau tidak menerima sebarang surat seperti yang didakwa portal tersebut.

Kulai perlu bersedia sebelum bergelar bandar raya
Perkara itu terlebih dahulu akan dinilai daripada keperluan semasa dan perkembangan sosio masyarakat.

Sidang DUN Johor tangguh ke 22 Ogos
Persidangan Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ditangguhkan ke 22 Ogos depan untuk melakukan penilaian terhadap risiko penularan pandemik COVID-19.

Johor peruntuk RM40 juta beli vaksin COVID-19
Pembelian itu merupakan fokus pertama pemerkasaan pandemik negeri ini daripada sebahagian Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.