Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersedia dipanggil semula bagi memberikan keterangan kepada Lembaga Disiplin Umno jika diminta berbuat demikian oleh pengerusi baharu lembaga itu.
Tegas Ahli Parlimen Sembrong itu, tiada apa yang perlu dikhuatiri kerana beliau merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan.
Justeru, Hishammuddin menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Umno, selain mengulangi pendirian bahawa beliau tidak menyembunyikan apa-apa.
"Saya tidak tahu (sama ada akan dipanggil) kerana ia bergantung kepada kepemimpinan Umno.
"Saya sentiasa cakap, tiada apa nak disembunyikan dan jika mereka mahu siasat saya, mereka sudah buat. Siapa ahli jawatankuasa yang menyiasat bukan masalah saya," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.
BACA: 'Saya sedia disiasat' - Hishammuddin nafi jadi dalang pertemuan MP di rumah Azmin
Sebelum ini, Lembaga Disiplin Umno mengesahkan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Hishammuddin berhubung pertemuan sekumpulan Ahli Parlimen parti itu dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mengulas lanjut, Hishammuddin memaklumkan tidak timbul isu campur tangan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah sebagai usaha untuk mengelakkan beliau keluar parti.
"Selamatkan saya? Saya kata saya tidak kisah, jadi saya tidak rasa ia ada isu, (dan) bukan isu peribadi.
"Jika apa mereka dakwa yang saya buat beri kesan kepada parti, Ahmad Zahid perlu ambil apa yang perlu untuk selesaikannya," ujarnya.
Hishammuddin dalam pada itu memaklumkan sekiranya siasatan itu boleh membantu Umno untuk bergerak ke hadapan, beliau terbuka memberikan bantuan dalam memastikan segala masalah dapat diselesaikan.
Sebelum ini, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Displin Umno serta-merta.
Ia susulan keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan Hishammuddin.
Hasimi Muhamad
Sun Jan 12 2020

Tegas Ahli Parlimen Sembrong itu, tiada apa yang perlu dikhuatiri kerana beliau merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan. - Foto Astro AWANI

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.

Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.

Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.

'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.

Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.

'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.

PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.

Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.

Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.

Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.