Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan beliau masih lagi Ahli Parlimen Bebas.
Bagaimanapun jelas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO dan Pas demi perpaduan serta kepentingan rakyat Selangor.
"Perjumpaan saya dengan Datuk Seri Noh Omar (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor) dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib (bekas Menteri Besar Selangor) bersedia untuk bekerjasama serta melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor.
"Saya akan menggunakan pengalaman dan kemesraan saya dengan rakyat Selangor untuk mereka memilih parti yang layak serta terbaik untuk meneraju Selangor.
"Untuk pengetahuan saya masih lagi Bebas saya rasa ada baiknya saya masih lagi Ahli Parlimen Bebas agar rakyat Selangor tidak khuatir dengan tujuan saya. Malah bukan masanya untuk saya masuk UMNO," katanya sekaligus menjawab teka-teki kehadirannya pada Konvensyen UMNO Selangor 2017 di Dewan Merdeka , Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Ditanya sama ada kerjasama ini juga merupakan perancangan beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Khalid sekali lagi mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
BACA: Rampas Selangor daripada pembangkang baru fikir calon MB - TPM Zahid
Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu, beliau datang ke konvensyen tersebut untuk sama-sama berterima kasih atas kerjasama sepanjang saya menjadi menteri besar.
"Rakan di Pas juga saya akan tolong dan beri kerjasama kerana mereka juga banyak membantu saya ketika melaksanakan tugas menteri besar.
"Selain daripada itu, kerjasama ini untuk perpaduan ummah dan bukan untuk mendapatkan kerusia pada PRU14," katanya.
Kehadiran Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang ke Konvensyen UMNO Selangor itu menjadi tanda tanya sama ada beliau telah menyertai parti keramat Melayu tersebut.
Turut kelihatan Khalid duduk di atas pentas sebaris dengan kepemimpinan kanan UMNO Pusat dan Selangor.
Astro Awani
Sat Dec 02 2017
![Saya masuk UMNO? Ini jawapan bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim Saya masuk UMNO? Ini jawapan bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61512213470_KonvensyenUMNO.jpg)
Khalid mengesahkan beliau masih lagi Ahli Parlimen Bebas. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Wan Azizah serah sumbangan lebih RM200,000 kepada masjid, surau di Bandar Tun Razak Wan Azizah serah sumbangan lebih RM200,000 kepada masjid, surau di Bandar Tun Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710687808_TBWANAZIZAH.jpg)
Wan Azizah serah sumbangan lebih RM200,000 kepada masjid, surau di Bandar Tun Razak
Setiap masjid memperoleh RM5,000 manakala surau RM2,000, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan adalah lebih RM200,000.
![Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702010585_tbAllaudeenAbdulMa.jpg)
Abai anak sehingga meninggal dunia, polis tahan suami isteri
Polis menahan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Tunku Azizah, Sabtu lepas, dipercayai akibat didera dan diabaikan.
![PRU15: Wan Azizah yakin PKR mampu tawan semula Bandar Tun Razak PRU15: Wan Azizah yakin PKR mampu tawan semula Bandar Tun Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666842594_WanAzizah.jpg)
PRU15: Wan Azizah yakin PKR mampu tawan semula Bandar Tun Razak
Wan Azizah berharap peristiwa yang menyaksikan dua penyandang di kerusi tersebut keluar parti juga tidak berulang.
![PRU15: PKR akan calonkan Wan Azizah di Bandar Tun Razak PRU15: PKR akan calonkan Wan Azizah di Bandar Tun Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619242977_DATUKSERIDRWANAZIZAH.jpg)
PRU15: PKR akan calonkan Wan Azizah di Bandar Tun Razak
PKR memenangi kerusi Bandar Tun Razak sejak 2008 menerusi Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum diganti oleh Datuk Kamaruddin Jaffar pada 2018.
![Salah naik bas: Polis tolak unsur culik kanak-kanak perempuan, Sofia Rania Salah naik bas: Polis tolak unsur culik kanak-kanak perempuan, Sofia Rania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648654138_kanakkanak.jpg)
Salah naik bas: Polis tolak unsur culik kanak-kanak perempuan, Sofia Rania
Kanak-kanak berusia lapan tahun itu tersalah menaiki bas ketika pulang dari sekolah petang semalam.
![Pengawal keselamatan didakwa bunuh, bakar penyelia kedai buku sekolah Pengawal keselamatan didakwa bunuh, bakar penyelia kedai buku sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648019741_MuhamadYusriLatif.jpg)
Pengawal keselamatan didakwa bunuh, bakar penyelia kedai buku sekolah
Pertuduhan ke atas tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika disabit kesalahan.
![Polis rekod keterangan lima individu bantu siasatan kes bunuh, bakar wanita Polis rekod keterangan lima individu bantu siasatan kes bunuh, bakar wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41628074380_TBAZMIABUKASSIM.jpg)
Polis rekod keterangan lima individu bantu siasatan kes bunuh, bakar wanita
Polis berkemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes itu dan akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin.
![Tong gas kimpalan meletup, ruang bangunan terbakar - Bomba Tong gas kimpalan meletup, ruang bangunan terbakar - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645653550_TongGasKimpalanM.jpg)
Tong gas kimpalan meletup, ruang bangunan terbakar - Bomba
Kebakaran berjaya dikawal pada 2.30 petang dan tidak ada mangsa terlibat.
![Terharu, teruja dapat rumah sekali ganda lebih luas Terharu, teruja dapat rumah sekali ganda lebih luas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51616751018_ResidensiRazakmas.jpg)
Terharu, teruja dapat rumah sekali ganda lebih luas
Gembira, terharu, teruja jelas terpancar di wajah penerima rumah baharu di Residensi Razakmas2 di Bandar Tun Razak, Cheras.
![Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71614777145_pembinaanruntuhb.jpg)
Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE
Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang pada petang Rabu.