Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata beliau akan terus menggunakan kerjaya politiknya semaksimum mungkin untuk memberi perkhidmatan terbaik membangunkan taraf hidup rakyat di kawasan Parlimen Pensiangan.
Kurup berkata, sepanjang menjadi Anggota Parlimen di kawasan itu, banyak pembangunan yang beliau ikhtiarkan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat di situ.
Sebagai contoh katanya, jalan raya berturap sejauh 65 kilometer berharga RM105 juta yang menghubungkan Keningau-Nabawan-Sepulut dan Keningau Sinua telah mengubah landskap kehidupan rakyat kawasan itu.
“Kerajaan Barisan Nasional (BN) juga membina sebuah klinik kesihatan bertaraf hospital di Nabawan selain sebuah kompleks sukan yang dilengkapi trek larian untuk meningkatkan prestasi ahli-ahli sukan di luar bandar,” katanya kepada Bernama pada Majlis Penyerahan Bantuan Tangki Air kepada penduduk Kampung Penggeridan Tulid di sini pada Sabtu.
Kurup berkata kerajaan BN turut memperuntukkan sejumlah RM1 juta untuk membiayai projek pembaikan 100 rumah di seluruh kawasan Parlimen Pensiangan yang dilaksanakan secara gotong-royong.
“Inilah keikhlasan kerajaan BN dalam usaha membantu rakyat untuk meningkat taraf hidup mereka,” katanya.
Sementara itu, Kurup yang juga presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) mengingatkan rakyat supaya mengelak terjebak dengan isu-isu politik perkauman yang dibawa pembangkang kerana ia boleh memecahkan hubungan kaum serta mengancam perpaduan.
“… Ia (politik perkauman) boleh menjadi satu tragedi besar yang memecahbelahkan kaum sekiranya tidak dibendung…kita bertanggungjawab untuk menghentikan semua ini,” katanya.
Sementara itu penerima bantuan tangki air di kampung berkenaan menyifatkan bantuan itu sebagai sangat bermakna ketika penduduk sedang berhadapan kesukaran memperoleh air bersih.
“BN memberikan nafas baharu kepada kami,” kata ketua kampung itu Mahmud Moggong.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 23 2017

Kurup mengingatkan rakyat supaya mengelak terjebak dengan isu-isu politik perkauman yang dibawa pembangkang kerana ia boleh memecahkan hubungan kaum serta mengancam perpaduan. -Gambar fail
Empat maut di jabatan runtuh korea selatan, operasi menyelamat masih berjalan
Empat orang maut dan enam lagi cedera pada Selasa,akibat runtuhan di tapak pembinaan lebuh raya di bandar Anseong, Korea Selatan. Pihak berkuasa bomba mengesahkan angka korban tersebut dalam kemas kini terkini.
KKM ambil 3,228 jururawat jawatan tetap
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
KPDN akan laksanakan analisis data kesan penyasaran subsidi
Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini kerana telahan awal bahawa penyasaran subsidi diesel akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tidak berlaku seperti yang dijangkakan, malah kekal di bawah 2 peratus.
PETRONAS nafi buang 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti oleh pasukan petugas dan dijangka diselesaikan pada pertengahan tahun ini.
Malaysia perketat penguatkuasaan tangani lambakan e-waste
Malaysia akan memperkukuh penguatkuasaan undang-undang bagi menangani isu lambakan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dari negara maju, susulan cabaran yang dihadapi dalam kawalan kemasukan bahan buangan berkenaan.
PRK Ayer Kuning: Notis telah dihantar ke SPR - Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PM Anwar tiba di Hanoi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Hanoi pada Selasa malam bagi lawatan kerja dua hari ke Vietnam dan dijadualkan menyampaikan ucaptama pada Forum Masa Depan ASEAN (AFF) kedua, pada Rabu.
15 rakyat Malaysia dipaksa jadi scammer di Myanmar - Polis
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar dipaksa bekerja sebagai scammer bagi pelaburan mata wang kripto, bitcoin serta love scam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahli Parlimen disaran guna peruntukan bantu pertingkat jalur lebar di sekolah
Ahli Parlimen yang menerima peruntukan daripada kerajaan Persekutuan dicadang untuk menggunakannya bagi membantu mempertingkat perkhidmatan jalur lebar di sekolah.

92 Ahli Parlimen India digantung tugas
Seramai 33 anggota Dewan Rakyat dan 45 anggota Dewan Negara digantung tugas pada Isnin manakala 14 lagi telah digantung tugas minggu lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 November 2023.

Kerajaan Itali mahu haramkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Kerajaan Itali berhasrat untuk mengharamkan penggunaan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi.

PM Anwar tegur sikap Ahli Parlimen, minta jaga tatasusila
Jangan biarkan rakyat ketawa melihat seluruh Dewan ini seperti sarkas, pesan Perdana Menteri.

PRU15: Tun M setuju tindakan isytihar harta, tapi bukan musim pilihan raya semata-mata
Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu bagi mewajibkan ahli Parlimen mengisytihar harta masing-masing.

Tidak sampai satu jam, Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah Ahli Parlimen
Beberapa perkataan yang agak panas seperti "letak jawatan" dan "derhaka" turut dikeluarkan sepanjang sejam mesyuarat itu berlangsung.

Parti atau pengundi
Sebarang kesilapan di dalam pemilihan calon dalam pilihan raya boleh membawa kesan yang harus ditanggung oleh setiap rakyat di negara ini.

Tiada asas ugut Ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021 - Tun M
Tun Dr Mahathir berkata Tengku Zafrul dan pemimpin kerajaan lain amat tidak bertanggungjawab dengan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan.

Peruntukan untuk pembangkang ditarik balik, mana keadilannya? - Syed Saddiq
Persoalan itu dilontarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat pada Rabu.