Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang baru dipilih Voon Lee Shan menjelaskan bahawa beliau telah dipecat daripada DAP Sarawak pada malam menjelang hari penamaan calon pilihan raya Dewan Undangan Negeri 2011.
Menjawab kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen semalam yang mendesak beliau menjelaskan pendiriannya dalam parti, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Lintang itu berkata pemecatannya dilakukan walaupun lima daripada tujuh cawangan di Kuching mahukan beliau mempertahankan kerusi negeri yang disandangnya itu.
Antara lain, kata Chong, beliau juga tidak menyerahkan surat peletakan jawatan manakala cawangan Batu Lintang yang dipimpinnya telah tidak aktif sejak tiga tahun lepas.
"Mereka (DAP) telah memecat saya pada malam menjelang hari penamaan calon. Perkara ini berlaku di ibu pejabat DAP Kuching apabila kerusi Batu Lintang yang saya sandang telah ditukar dengan kerusi Padungan yang disandang Parti Keadilan Rakyat (PKR), sambil menyelam minum air," katanya dalam catatan terbaru beliau di laman Facebook.
Voon bertanding atas tiket DAP dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri 2006 tetapi digugurkan oleh parti daripada menjadi calon pada pilihan raya negeri berikutnya pada 2011 apabila DAP dan PKR bertukar-tukar kerusi - Batu Lintang dengan Padungan.
Dalam catatan Facebooknya, Voon, yang dipilih secara sebulat suara sebagai Presiden PBK di Sibu pada Sabtu, berkata selama beberapa tahun ini beliau cuba mencari jawapan kepada persoalan kenapa beliau dipecat tanpa sebarang amaran.
PBK, parti politik yang berpangkalan di Sarawak mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan pada 28 Ogos, 2013 dan dijangka akan meletakkan calon di kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya negeri akan datang yang dijangka pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2019
Voon Lee Shan berkata selama beberapa tahun ini beliau cuba mencari jawapan kepada persoalan kenapa beliau dipecat tanpa sebarang amaran. - Facebook/leeshan.voon
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap
Atas kertas, sehingga kini, mood kemenangan diramalkan memberi kelebihan kepada PH.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.