GEDONG: Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong, Mohamad Sofian Fariz Sharbin berkata dirinya dilabel sebagai ‘giant killer’.
Justeru, Mohamad Sofian, 36, menegaskan tidak akan sesekali gentar berdepan dengan figura politik tersohor, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak, 18 Disember ini.
Malah, ahli perniagaan itu meletakkan keyakinan 100 peratus untuk memberi saingan kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu.
““Saya memang akan hati-hafi sebab Abang Jo pun biasa dengan saya juga. Bagi saya, kita ini manusia, tidak takut dengan sesiapa kecuali yang di atas (Allah S.W.T).
“Kita akan membawa suara orang kampung dan belia dengan hasil saya bergerak selama ini mendapati banyak yang perlu saya ubah dan atur.
“Bukan setakat Gedong, dan saya dilabel sebagai ‘giant killer’. Jika dapat mengalahkan Abang Johari, ini adalah satu sejarah untuk Sarawak, dan sejarah kali kedua Gedong mengalahkan orang luar,” katanya ketika ditemui pemberita diluar pekarangan Pusat Penamaan Calon (PPC), di sini pada Isnin.
Selain Mohamad Sofian, Abang Johari akan turut berdepan saingan daripada calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango dan Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang.
Mengulas lanjut, bapa kepada dua orang cahaya mata itu yang mula berjinak dalam bidang politik sejak 2013 berkata, walaupun dicalonkan pada saat-saat akhir, beliau mempunyai strategi untuk menambat hati pengundi di DUN Gedong.
Beliau berkata, selain membawa aspirasi penduduk, misinya juga adalah memastikan DUN Gedong diwakili oleh anak tempatan, dan bukannya ‘orang luar’.
Bagaimana, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang amtif dalam sukan permotoran Sarawak itu mengakui mengenali rapat Abang Johari.
“Dia (perlu diwakili) orang asal dan orang muda… Ya, setiap tempat perlu pembangunan tetapi jika dia (Abang Johari) kata pembangunan di kawasan Gedong, dia harus fikir di tempat lamanya (DUN N.08 Satok).
“Di kawasan N.08 dia perlu lihat pembangunan di kawasan dia sendiri sebelum dia lihat di Gedong. Adakah di DUN Satok itu membangun? Dia kena jawab dulu,” katanya lagi.
Dakwa Mohamad Sofian lagi, pelbagai isu dan rintihan penduduk kampung sebelum ini tidak didengari termasuk berkaitan lot tanah.
Perkara itu akan didedahkan sepanjang kempen PRN12 Sarawak, tambahnya.
Datuk Naroden Majais yang menjadi Ahli Dewan Undangan (ADUN) Gedong sejak 1991 mempertahankan kerusi DUN Gedong pada PRN11.
Naroden memenangi kerusi ini dengan majoriti 3,365 undi, menewaskan calon Amanah, Rapelson Richard Hamit dan calon Bebas, Uja Bensi.
Hasimi Muhamad
Mon Dec 06 2021

Mohamad Sofian berkata selain membawa aspirasi penduduk, misinya juga adalah memastikan DUN Gedong diwakili oleh anak tempatan, dan bukannya orang luar. - Astro AWANI

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.

Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri

Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.

'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.

PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi

PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.

PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.