Sarawak akan terus teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.
Ini kerana perdana menteri telah menunjukkan keikhlasan dan komitmennya untuk membantu negeri ini mengejar pembangunan dan kemajuan sebagaimana dinikmati negeri lain di dalam negara ini.
Najib juga amat memahami dan berfikiran terbuka apabila kepimpinan negeri membangkitkan isu seperti penurunan lebih kuasa kepada kerajaan negeri dan memulihkan hak-hak lain yang diberikan kepada Sarawak menerusi Perjanjian Malaysia 1963 apabila ia menyertai pembentukan Malaysia.
"Beliau tidak marah tetapi akan berkata kita boleh berbincang dan berunding," beliau berkata pada majlis makan malam dan sesi ramah mesra bersama rakyat di Kelab Golf & Country Eastwood Valley yang dihadiri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, di sini malam Jumaat.
Adenan berkata biarpun Najib berhadapan dengan masalah di Semenanjung, Sarawak tetap menyokong beliau.
"Pendek kata, Najib memahami Sarawak dengan baik terutama kemahuannya untuk mengejar negeri-negeri yang lebih maju. Beliau sudah 49 kali melawat negeri ini hampir kesemua ceruk dan rantau," katanya.
Beliau berkata apa yang menarik tentang lawatan dan tinjauan mesra Najib, ialah beliau tidak datang dengan tangan kosong atau hanya menguntumkan senyuman.
"Tinjauan mesranya telah menghasilkan tidak kurang RM3 bilion dalam bentuk geran pembangunan yang diagihkan biarpun dalam keadaan ekonomi negara yang tidak begitu baik ekoran kejatuhan harga minyak dunia," kata beliau.
"Daripada enam perdana menteri yang kita ada, beliau adalah yang paling penyayang dan prihatin terhadap Sarawak," kata Adenan.
Bernama
Fri Apr 01 2016
ADENAN: Najib juga berfikiran terbuka apabila kepimpinan negeri membangkitkan isu seperti penurunan lebih kuasa kepada kerajaan negeri. - Gambar fail
Malaysia terus gesa had kuasa veto, kembalikan kredibiliti UNSC - Mohamad Alamin
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata terdapat keperluan yangmendesak bagi memastikan peranan UNSC kekal relevan dan responsif terhadap konflik global semasa.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Timur Tengah, tekan Hamas - Pakar
Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Abu Hanifah Haris berkata Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Timur Tengah. Jelasnya, disamping itu Trump juga akan terus memberikan tekanan kepada Hamas sebagai sebahagian dasar luar Timur Tengahnya. #DialogTigaPenjuru
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Ketua Pusat Pengajian Asia Barat IKMAS UKM, Dr. Abdul Rahim Ahmad berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam. Jelasnya, kejayaan Trump ini perlu menjadi pemangkin negara-negara Islam untuk memperkuat kekuatan sendiri. #DialogTigaPenjuru
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia – IRIS Institute
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat hanya akan memperkukuhkan kedudukan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin. Jelasnya, Trump sebagai presiden bagi penggal kedua ini juga akan merumitkan konflik dunia termasuk di Laut China Selatan. #DialogTigaPenjuru
Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak
Ketika kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
PM Anwar akhiri lawatan kerja di China
Hasimi Muhamad membawakan rangkuman lawatan tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China.
Kemajuan fizikal Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Fasa 1A capai 78 peratus - Nanta
Status kemajuan fizikal semasa bagi Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1A mencapai 78 peratus dan dijadual siap pada suku pertama 2026.
Op Favish: Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Pihak SPRM telah mengesan beberapa transaksi mencurigakan sewaktu menyemak dokumen-dokumen yang diperolehi, susulan siasatan terhadap syarikat FashionValet dan 30 Maple Sdn.Bhd.
14 warga asing ditahan disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Polis menyerbu sebuah rumah dipercayai dijadikan pusat panggilan skim penipuan pelaburan dalam talian di Hulu Kelang, Ampang, pada 29 Okt lepas.
PM Anwar harap pentadbiran Trump bawa impak positif kepada geopolitik dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap sesuatu yang baik daripada kemenangan Presiden Terpilih Donald Trump, bukan saja dalam hubungan dua hala dan perdagangan tetapi geopolitik dunia.
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.