Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata beliau memerlukan semua bantuan yang beliau boleh dapatkan untuk membantunya mentadbir negeri dengan baik.
"Saya melantik sembilan menteri penuh termasuk tiga Timbalan Ketua Menteri.
"Kami telah menambah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 72 kepada 82 dan ini pastinya mewajarkan keperluan untuk mempunyai angka itu," katanya pada sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri bagi mengumumkan nama dan portfolio mereka.
Sembilan yang dilantik sebelum itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Tiga Timbalan Ketua Menteri ialah Datuk Amar Douglas Unggah Embas yang juga dilantik sebagai Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar negeri, Tan Sri Dr James Jemut Masing, yang juga dilantik Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan negeri; dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang memegang dua portfolio, sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan; dan Menteri Perumahan dan Urbanisasi.
Masing juga merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang memenangi semua 11 kerusi yang ditandingi parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada Sabtu, manakala Abang Johari ialah Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
"Saya sebenarnya perlukan lebih banyak menteri kerana tanggungjawab kerajaan kian besar tetapi apa yang ada pada saya ketika ini adalah memadai. Kami perlu meminda perlembagaan negeri pada sidang Dewan Undangan Negeri jika kami mahu menambah jumlahnya," kata Adenan.
Mengenai pelantikan pembantu menteri, beliau berkata ia akan dilakukan tidak lama lagi selepas beliau meneliti dan melakukan beberapa penyesuaian.
Menjawab satu soalan, Ketua Menteri berkata beliau sebenarnya akan melantik seorang Timbalan Ketua Menteri Cina sekiranya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menang di kesemua 13 kerusi ditandinginya.
Parti itu hanya menang di tujuh kerusi dan Presidennya Datuk Prof Dr Sim Kui Hian dilantik sebagai Menteri Kerajaan Tempatan.
Mengulas lanjut, Adenan berkata beliau tidak pernah berjanji yang beliau akan melantik seorang Timbalan Ketua Menteri Cina seperti dilaporkan dalam media sosial tetapi hanya berkata yang beliau akan melantik menteri untuk mewakili masyarakat itu.
Katanya beliau telah melantik seorang lagi Anggota Dewan Undangan Negeri Cina, Datuk Seri Dr Wong Soon Koh, sebagai Menteri Kewangan Kedua.
Adenan menyifatkan pasukannya sebagai "barisan yang amat mantap" dan dengan menteri-menteri yang berkebolehan dan bersedia berkhidmat kepada rakyat dan telah membuktikan yang mereka masih mampu melakukannya.
Beliau berkata dalam tempoh lima tahun akan datang, keutamaan kerajaan adalah terhadap transformasi luar bandar.
"Kini adalah masanya untuk melaksanakan apa yang dijanjikan, mengotakan janji yang telah dibuat," katanya.
Katanya beliau juga akan terus mengetengahkan isu royalti minyak dan gas dengan kerajaan persekutuan apabila harga minyak dunia bertambah baik.
"Tidak, kami tidak pernah lupakan isu ini. Sekiranya kerajaan Persekutuan telah lupa, kami akan terus mengingatkan mereka," katanya secara berseloroh.
Sementara itu, Adenan turut mengesahkan bahawa enam calon langsung BN telah memohon untuk menyertai PBB.
"Sukar untuk menolak apabila orang mahu menyertai anda, yang berfikiran sealiran. Tetapi kami telah meminta mereka untuk bersabar dahulu sebelum kami buat keputusan," katanya.
Bernama
Fri May 13 2016
Adenan berkata beliau memerlukan semua bantuan yang beliau boleh dapatkan untuk membantunya mentadbir negeri dengan baik. -Gambar fail
AWANI Global: konflik Asia Barat: Perang Israel-Hezbollah
Israel semakin 'menggila' memperluaskan tujuan perangnya menyerang sempadan negara berdaulat yang bersekutu dengan Hamas. Sejauh mana keangkuhan Israel membuka mata dan merubah pandangan dunia terhadap kekejaman peristiwa di Palestin pada 7 Oktober tahun lalu?
AWANI Ringkas: Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kejadian tembak di Selama, polis tahan pemilik kebun
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki terlibat kes tembakan sehingga menyebabkan seorang individu cedera di Kampung Sumpit Beras, Rantau Panjang dekat Selama Jumaat lepas.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 6 Oktober 2024
1️⃣ Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
2️⃣ Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
3️⃣ Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
#awaniringkas
1️⃣ Wanita Palestin mohon maaf cetus kekecohan
2️⃣ Kelapa diletak di bawah Lembaga Koko Malaysia
3️⃣ Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
#awaniringkas
Kalau mahu lindungi gajah, selamatkan kami dulu
Lebih seribu penduduk di tiga kampung di Hulu Terengganu semakin dihimpit ketakutan apabila kampung mereka bagaikan bertukar menjadi perkampungan gajah.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
Operasi larangan merokok di premis, Akta 852 berkuatkuasa
Akta 852 atau Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 mula berkuatkuasa pada 1 Oktober 2024.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan kini giat melakukam pemantauan dari premis ke premis sejak Akta 852 mula dikuatkuasakan.
Hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad sendiri turun padang menyertai operasi di Puncak Alam, Selangor.
Susulan itu, Kementerian Kesihatan kini giat melakukam pemantauan dari premis ke premis sejak Akta 852 mula dikuatkuasakan.
Hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad sendiri turun padang menyertai operasi di Puncak Alam, Selangor.
Wartawan Malaysia nyaris terkandas, protes tutup jalan
Kumpulan wartawan Malaysia termasuk Astro AWANI yang berada di Islamabad bagi membuat liputan Lawatan Negara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan, hampir terkandas malam Sabtu.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar jadi atlet untuk masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar atlet masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Dihalang masuk rumah, isteri bekas TYT Sarawak buat laporan polis
Toh Puan Raghad Kurdi Taib membuat laporan polis selepas mendakwa dihalang memasuki kediamannya di Kuching, Sarawak, minggu lalu.
Dana rizab Sarawak RM31 bilion semasa kepimpinan Abdul Taib - Nancy Shukri
Dengan rizab sebanyak itu, Sarawak tidak risau apabila tiba-tiba menjadi pembangkang sewaktu PH ambil alih tampuk kepimpinan pada 2018.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.
Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Taib Mahmud
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak hari ini.
Hujan tidak halang ribuan rakyat beri penghormatan terakhir kepada Tun Abdul Taib
Cuaca hujan tidak menghalang ribuan rakyat membanjiri Atrium DUN Sarawak bagi menghadiri Istiadat Penghormatan Negeri buat Tun Abdul Taib Mahmud.
Pemergian Tun Abdul Taib: Saya kehilangan kawan baik - Alfred Jabu
Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang hari ini menzahirkan ucapan takziahnya atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Suasana pilu selubungi Istiadat Penghormatan Negeri Abdul Taib di DUN Sarawak
Suasana pilu menyelubungi DUN Sarawak hari ini sebaik jenazah Abdul Taib Mahmud tiba bagi Istiadat Penghormatan Negeri.
Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.
Allahyarham Abdul Taib ibarat tokoh tidak berhenti tabur bakti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata jasa dan pengorbanan Allahyarham Abdul Taib untuk negara khususnya Sarawak amat besar.
Raja-raja Melayu zahir ucapan takziah pemergian Taib Mahmud
Raja-raja Melayu menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia.