Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada Jumaat membayangkan persaingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, hampir pasti.
Beliau berkata kenyataan terbaharu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.
"Persaingan tiga penjuru dalam politik Malaysia hampir pasti berlaku. Blok ketiga atau Gagasan Sejahtera (GS) yang diwujudkan oleh PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) semakin jelas akan beraksi dengan kekuatannya sendiri sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia berhadapan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan," katanya dalam entri di laman Facebooknya kelmarin.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah di Masjid Rusila, Kuala Terengganu, hari ini mengulangi pendirian tidak akan bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menjalin hubungan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Menurut Abdul Hadi, keputusan itu adalah muktamad selaras dengan garis panduan yang ditetapkan PAS sebelum ini.
Nik Mohamad Abduh berkata kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan PPBM berterusan menyerang PAS dan mengaitkannya sebagai sekutu UMNO.
Menegaskan UMNO kekal sebagai musuh tradisi parti itu dalam politik, PAS bagaimanapun menyifatkan politik DAP adalah lebih berbahaya.
"PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara. Rosak negara adalah kerana UMNO membangunkan negara dengan tiang-tiang sekular sejak lama. Akhirnya ia merapuh dan dimakan anai-anai.
"DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti. PAN adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang," tulis beliau. -- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2017
![Saingan tiga penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh Saingan tiga penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61487345646_AbduhNikAziz.jpg)
Nik Mohamad Abduh berkata kekuatan PAS untuk bergerak sendiri memimpin blok ketiga menyebabkan DAP, Amanah, PKR dan PPBM berterusan menyerang PAS dan mengaitkannya sebagai sekutu UMNO. - Gambar fail
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
!['Haram tetap haram', Pas tetap bertegas isu cabutan khas judi 'Haram tetap haram', Pas tetap bertegas isu cabutan khas judi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-04/71522900273_khairilnizamkhirud.jpg)
'Haram tetap haram', Pas tetap bertegas isu cabutan khas judi
Pas tetap berpendirian tegas membantah isu pertambahan cabutan khas judi yang ditingkatkan daripada 8 kali sehingga 22 kali setahun bermula 2021.
![Saingan tiga penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh Saingan tiga penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61487345646_AbduhNikAziz.jpg)
Saingan tiga penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh
Kenyataan terbaharu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak sujud di kaki PAS telah menyudahkan secara tidak rasmi teka-teki hubungan politik antara kedua-dua parti itu.
![Pelantikan Haron Din selaras kehendak perlembagaan parti - Pemuda Pas Pelantikan Haron Din selaras kehendak perlembagaan parti - Pemuda Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/41385089271_295x200.jpg)
Pelantikan Haron Din selaras kehendak perlembagaan parti - Pemuda Pas
Pemuda PAS dalam satu kenyataan media hari ini mengalu-alukan pelantikan Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu.