ALOR SETAR: Kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri mencuri tumpuan.
Muhammad Sanusi yang tiba pada jam 10.40 pagi mengiringi Sultan Sallehuddin disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama rakyat di pekarangan Hotel Raia pada Sabtu.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu dilihat ceria dan turut beramah mesra dengan kepimpinan peringkat Pusat dan negeri.
Muhammad Sanusi ketika ditanya mengenai penganjuran Rumah Terbuka Malaysia enggan mengulas lanjut dan hanya melambai kepada media yang ingin mendapatkan kenyataan beliau.
“Hari ini hari aman,” kata Muhammad Sanusi dengan senyuman sebelum meninggalkan majlis.
Muhammad Sanusi sebelum ini menyifatkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di enam negeri sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan kerana melibatkan kos tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan langkah penjimatan.
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama Perdana Menteri dan Jemaah Menteri diadakan bermula di Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 29 2023
Muhammad Sanusi yang tiba pada jam 10.40 pagi mengiringi Sultan Sallehuddin disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar/ Sinar Harian
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rumah terbuka: "Hari ini hari aman" - Sanusi
Kehadiran Muhammad Sanusi mengiringi Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah hadir Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri mencuri tumpuan.