Selaku peneraju industri halal dunia, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan menerusi Dana Pembangunan Halal yang bertujuan menjadikan Ekonomi Halal sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak berkata peruntukan itu dapat dimanfaatkan oleh usahawan bumiputera yang juga berperanan sebagai penggerak utama industri.

Menurut kandungan Manifesto bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bertemakan Bersama BN, Hebatkan Negaraku, Najib berkata BN akan meneruskan agenda Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 dalam memastikan bumiputera terus memainkan peranan signifikan dalam pembangunan ekonomi negara.

Berikut adalah kandungan Manifesto PRU14 yang dilancarkan malam tadi:
-- BERNAMA