KUALA LUMPUR: Dua wakil blok kerajaan iaitu Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.
Keputusan dicapai melalui undi bersurat dalam kalangan ahli Parlimen.
Keputusan diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul menyaksikan Ramli memperoleh 148 undi, manakala Alice mendapat 146 undi.
Sementara itu, seorang lagi calon iaitu Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mewakili blok pembangkang memperolehi 74 undi.
Usul undi percaya, pelantikan Speaker tumpuan hari pertama persidangan Dewan Rakyat
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan Ramli daripada Barisan Nasional (BN) dan Alice daripada DAP sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat serta disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mencadangkan jawatan berkenaan diisi oleh Mas Ermieyati, yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) bagi mewakili blok pembangkang.
Usul berkenaan disokong oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Mohamed (PN-Pas).
Pada persidangan sebelum ini, jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat disandang oleh Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Datuk Seri Azalina Othman Said.
Bagaimanapun pada 23 Ogos tahun lepas, Azalina melepaskan jawatan itu, tetapi masih menjalankan tugas sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sementara sepanjang tempoh persidangan berlangsung.
BACA: Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok.
Ia adalah Persidangan Dewan Rakyat pertama di bawah Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November lalu.
Hasimi Muhamad
Mon Dec 19 2022

Ramli dan Alice dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini. - Gambar fail

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Ramli Mohd Nor, Alice Lau dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Dua wakil blok kerajaan iaitu Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor dan Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

Azalina 'kejutkan' Dewan Rakyat, kembali pengerusikan sidang Parlimen
Datuk Seri Azalina mengejutkan ahli Dewan Rakyat selepas muncul semula di kerusi speaker bagi mempengerusikan Sidang Parlimen Dewan Rakyat sesi petang.

Sesuatu yang memalukan undi Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker - Howard Lee
Howard Lee berkata, Ahli Parlimen wajib untuk tidak mengundi Ahmad Maslan bagi mempertahankan martabat parlimen.

Ingkar SOP: Timb Speaker Dewan Rakyat akan dipanggil beri keterangan - Ketua Polis Johor
Polis Johor akan rakam kenyataan Mohd Rashid selepas tular foto beliau dan keluarganya menikmati juadah raya di sebuah inap desa.

KRPPM Penambahbaikan Penjara dan Pusat Tahanan ditubuhkan
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkam penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Penambahbaikan Penjara dan Pusat Tahanan.

Tiada lagi 'Menteri Parlimen' selepas ini - Timbalan Speaker
Tidak akan ada lagi menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Parlimen selepas ini, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming.