KUALA LUMPUR: Usul menyokong keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menamakan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), mendominasi sebahagian besar mesyuarat UMNO bahagian hari ini.
Bahagian yang bersidang hari ini kesemuanya bersetuju sebulat suara terhadap usul berkenaan.
Di KELANTAN, Ketua UMNO Bahagian Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata ia adalah antara enam usul yang dipersetujui sebulat suara UMNO bahagian berkenaan.
"Selain itu, usul lain adalah bagi menyokong usaha mewujudkan keharmonian hubungan, solidariti serta kesatuan idea perjuangan antara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi PRU15," katanya ketika ditemui media selepas merasmikan mesyuarat berkenaan yang dihadiri kira-kira 300 orang perwakilan, hari ini.
Beliau berkata antara usul lain yang turut dipersetujui adalah mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas dakwaan dan salah laku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berdasarkan isi kandungan buku tulisannya 'Justice In The Wilderness' dan menilai semula kaedah pelantikan hakim yang tidak mengikut lunas undang-undang.
Di JOHOR, ketetapan sama turut diambil oleh empat UMNO Bahagian merangkumi Tenggara, Pontian, Parit Sulong dan Tebrau pada persidangan bahagian masing-masing.
Ketua UMNO Bahagian Tenggara yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi catatan di Facebook berkata selain usul berkenaan, bahagian itu juga mahu kepimpinan pentadbiran negara yang diterajui UMNO menambah baik rantaian sosio ekonomi dengan lebih rancak dan seimbang serta menjuarai keperluan rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Pontian Datuk Hasni Mohammad pula berkata usul lain yang dipersetujui ialah pemilihan calon untuk PRU15 yang perlu mengambil kira calon daripada Parlimen yang sama selain mengusulkan supaya solidariti parti diperkukuhkan sebagai satu pasukan.
Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong Datuk Zulkurnain Kamisan pula berkata bahagian berkenaan menyokong segala usaha untuk menyatukan kepimpinan UMNO demi kelangsungan dan kemenangan BN pada PRU15.
Selain itu mereka turut menyokong saranan agar tema utama manifesto PRU15 iaitu "Kestabilan dan Kemakmuran" seperti mana yang pernah digunakan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka, diteruskan.
Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah pula berkata sayap itu akan memperhebatkan penggunaan platfrom media sosial pada PRU15 dalam usaha mendekati pengundi khususnya golongan muda.
Ahli Dewan Undangan Negeri Larkin itu berkata platform itu akan digunakan bagi menangkis segala fitnah dan tohmahan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Persidangan Bahagian UMNO bermula semalam hingga esok melibatkan 191 bahagian.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Usul menyokong keputusan MKT UMNO yang menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 dalam menghadapi PRU15, mendominasi sebahagian besar mesyuarat UMNO bahagian hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
[TERKINI] Pesta Demokrasi Indonesia: Pilkada Serentak Selepas Pemilu
Selepas Prabowo memenangi jawatan Presiden dalam Pemilu, rakyat Indonesia kini bersiap sedia untuk Pilkada serentak. Pada 27 November, 207 juta pengundi akan memilih Gabenor, Walikota, dan Bupati di 37 provinsi, 415 kabupaten, dan 93 kota. Saksikan perbincangan mengenai proses ini dan kepentingannya bagi masa depan Indonesia.
Selepas Lubnan, Amerika akan tingkat usaha gencatan senjata di Palestin pula
"Rakyat Gaza juga berhak menamatkan pertempuran dan perpindahan. Rakyat Gaza telah melalui kesengsaraaan," kata Presiden Joe Biden.
Gencatan senjata hanya lemahkan Israel - Gantz
Pengunduran tentera Israel menerusi perjanjian seperti itu hanya memberi ruang kepada Hezbollah untuk kembali mengatur strategi ketenteraannya, dakwa Gantz.
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
PRU15: Usul sokong keputusan namakan Ismail Sabri calon PM ke-10 dominasi persidangan UMNO bahagian
Bahagian yang bersidang hari ini kesemuanya bersetuju sebulat suara terhadap usul berkenaan.