SHAH ALAM: UMNO tidak akan terikat dengan mana-mana pakatan politik pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menegaskan, 'pemetaan siasah' dan wibawa politik parti itu akan dapat berdiri dengan kekuatannya sendiri.
Menurutnya, situasi tersebut dilihat mampu memberi ruang kepada parti itu untuk menawarkan sesuatu yang bijaksana kepada rakyat.
"Strategi kemenangan dalam PRU15 mesti diasaskan kepada kemampuan kita menawarkan masa hadapan rakyat yang lebih terjamin bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya menerusi tulisan di blognya pada Isnin.
Ahli Parlimen Kepala Batas itu mendakwa, gelombang dan arus politik sebagaimana yang berlaku pada pilihan raya sebelumnya tidak mungkin berulang dalam PRU15.
Jelasnya, hakikat tentang gelombang dan arus politik itu turut diakui dalam kalangan pemimpin parti lawan sendiri.
"Modal politik mereka semakin menipis. Ini waktunya untuk UMNO menyusun gerak dan strategi yang mampan dan utuh.
"Ini bukan waktunya kita mempunyai perspektif dan pandangan politik yang bilis dan kabur," katanya.
Beliau turut mencadangkan agar tawaran baharu politik UMNO mampu mencakupi keinginan semua peringkat atau generasi.
"Yang tidak kurang pentingnya untuk kita lakukan adalah melihat keperluan dan tuntutan pelbagai generasi dalam spektrum pengundi.
"Sementara kita mahu memenangi hati pengundi muda atau pengundi kali pertama, hemah dan nawaitu kita tidak boleh terasing daripada mereka yang selama ini setia menyokong kita," ujarnya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 16 2022
REEZAL MERICAN: Strategi kemenangan dalam PRU15 mesti diasaskan kepada kemampuan kita menawarkan masa hadapan rakyat yang lebih terjamin bersama UMNO dan BN. - Gambar fail
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.
PRN: Berbekal pengalaman menteri, Reezal Merican yakin dapat bawa pembangunan
Reezal Merican berkata KBYC bernilai RM45 juta di DUN Bertam merupakan hasil usahanya yang berhasrat untuk melihat kewujudan sebuah pusat sehenti aktiviti belia di sini.
DUN Bertam: Reezal Merican hadapi pertembungan satu lawan satu dengan calon Bersatu
Borang pencalonan pertama dikemukakan Khaliq Mehtab pada 9.07 pagi, diikuti Reezal Merican pada pukul 9.13 pagi.
PRN Kedah: Kesiapsiagaan jentera UMNO hadapi PRN pada tahap tinggi - Reezal Merican
Kesiapsiagaan jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini berada pada tahap yang tinggi.
PRN: Rundingan kerusi PH-BN 95 peratus selesai
Chang Lih Kang berkata proses rundingan setakat ini berjalan baik dan beliau yakin gandingan PH-BN pada PRN ini akan tampil lebih teratur.
Reezal Merican tawar diri rebut kerusi Naib Presiden UMNO
Reezal Merican berkata, keputusan diambil bagi menegakkan tiga visi utama iaitu khidmat, keutamaan dan kesetiaan kepada parti tersebut.