CHUKAI: UMNO Terengganu telah mengemukakan senarai 42 nama untuk disaring dan seterusnya dipilih sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Said berkata kesemua nama berkenaan telah melalui tapisan di peringkat negeri dan mempunyai rekod peribadi yang bersih serta disenangi rakyat setempat.
"Kita tak kira siapa pun calon. Yang penting rekod bersih dan pastinya calon boleh menang," katanya kepada selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman di sini,
Dalam pada itu, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata UMNO Terengganu telah menjalankan persiapan rapi untuk menghadapi PRU15 dan menyasarkan untuk menang di empat daripada lapan kerusi Parlimen di negeri ini.
Ia melibatkan Kemaman, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.
"Untuk Parlimen Kuala Nerus kita letak peluang 50-50 kerana bekas Ahli Parlimen PAS, Khairuddin (Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali) akan bertanding bebas. Jadi dia akan tarik (undi) calon PAS di situ. Di Marang dan Kuala Terengganu pula kita akan kerja lebih keras untuk tawan kembali. Kita ada strategi tetapi tak boleh dedahkan dahulu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata UMNO Terengganu tidak terkesan dengan keputusan PAS untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"UMNO tak rugi apa-apa. Kita bukan kali pertama hadapi pilihan raya. Cuma bazir sebab libatkan kos tinggi. Pengundi luar pun kena dua kali balik untuk mengundi," katanya.
Ketika ditanya adakah beliau bersedia sekiranya dicalonkan pada PRU15 ini, Ahmad berkata beliau tidak berhasrat untuk merebut kerusi Parlimen, sebaliknya mahu menumpu kepada misinya meneruskan pembangunan di Terengganu.
Beliau juga menyerahkan keputusan tersebut kepada pucuk pimpinan parti yang disifatkannya lebih berhak dan bijaksana.
"Saya mahu kekal bertanding di negeri kalau diberi peluang. Tetapi terpulang kepada pucuk pimpinan nak letak di mana," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022

Ahmad Said berkata kesemua nama berkenaan telah melalui tapisan di peringkat negeri dan mempunyai rekod peribadi yang bersih. - Astro AWANI / Shahir Omar

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Wang, jongkong emas disita SPRM tiada kaitan dengan dana politik UMNO - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menyerahkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan susulan.

Pemuda UMNO sokong cadangan laksana semula sekatan perjalanan terhadap peminjam PTPTN gagal bayar
Muhamad Akmal berkata peminjam perlu bertanggungjawab dalam pembayaran hutang kepada PTPTN demi generasi akan datang.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

SPRM selesai temu bual doktor rawat Ismail Sabri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menemu bual doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor, petang tadi.

UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri - Asyraf Wajdi
UMNO akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mengaitkan parti dengan siasatan kes berkaitan Ismail Sabri

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.