KUALA NERANG: UMNO Kedah mempunyai keyakinan tinggi untuk menang dan merampas semula negeri Kedah dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan, cita-cita itu boleh dicapai berdasarkan laporan yang diterima membabitkan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.
Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) di negeri Jelapang Padi itu.
"Kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk bila berada dalam masa pilihan raya. Saya fikir bahawa laporan, aktiviti dan juga melihat pada suasana saya yakin bahawa kita boleh, boleh dapat yang kita cita-citakan (iaitu menang di Kedah).
"(Berkenaan hubungan dengan Pas di Kedah, saya rasa) tak payah komen," katanya.
Mahdzir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Pusat Daya Maju Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), di Pejabat Kemas Padang Terap, Kuala Nerang pada Ahad.
Dalam perkembangan berasingan, beliau menegaskan bahawa urusan berkaitan pembubaran Parlimen dan penetapan tarikh PRU15 adalah merupakan kuasa dan hak prerogatif Perdana Menteri.
14 Ogos lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor melaungkan keyakinan bahawa Pas mampu memenangi sekurang-kurangnya 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu dalam PRu15.
Menurutnya, keyakinan itu dizahirkan berdasarkan asas bahawa Pas mendapat sokongan padu daripada rakyat negeri Kedah dan berada pada keadaan yang kuat ketika ini.
Abd Hadi Che Awang
Sun Aug 21 2022
Mahdzir berkata cita-cita itu boleh dicapai berdasarkan laporan yang diterima membabitkan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
ADUN Belantek Mohd Isa meninggal dunia
Menurut Ahmad Tarmizi, Mohd Isa dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Sanusi sudah serah wang saman kepada peguam
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau sudah menyerahkan wang kepada peguamnya untuk membayar saman fitnah terhadap Datuk Mahfuz Omar minggu lalu.
PRU15: Pas sah tanding 8 kerusi, Bersatu 7 kerusi di Kedah - Sanusi
Penghargaan kepada pimpinan tertinggi komponen parti yang berjaya menyelesaikan soal pembahagian kerusi dengan tiga kali perbincangan.
Pas Kedah tiada masalah jika bergerak tanpa UMNO
Mohd Hayati berkata, sebelum ini parti itu sudah biasa bergerak secara solo pada PRU yang lalu.
PRU15: UMNO berkeyakinan tinggi menang di Kedah- Mahdzir
UMNO Kedah mempunyai keyakinan tinggi untuk menang dan merampas semula negeri Kedah dalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Pas tidak pernah cari pasal, khianat UMNO di Kedah - Sanusi
Katanya, setiap tindakan juga dilakukan dengan berhemah agar kepimpinan UMNO di peringkat negeri tidak berkecil hati.
Tiada masalah hubungan Pas-UMNO-Bersatu di Kedah
Hubungan Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri Kedah kekal berada dalam keadaan yang sangat baik meskipun pelbagai isu yang timbul di peringkat nasional.
Muhammad Sanusi angkat sumpah MB Kedah ke-14
Muhammad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 dalam satu majlis yang berlangsung di Wisma Darul Aman pada Ahad.
Pas sedia tadbir Kedah, ganti kerajaan PH, Bersatu
Pas Kedah yakin untuk ambil alih pentadbiran negeri itu daripada kerajaan Pakatan Harapan campur Bersatu yang kini dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pas Kedah umum bertanding 36 kerusi DUN, 15 Parlimen
PAS Kedah hari ini mengumumkan parti itu akan bertanding bagi semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 15 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.