ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek Datuk Mohd Isa Shafie, meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Perkhabaran sedih itu dikongsikan Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Ahmad Yahaya di laman sosial Facebook miliknya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.
"Menerima berita bahawa Almarhum Datuk telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.23 malam tadi di HSAH, Sungai Petani,
"Semoga Allah menerima segala amal jihad Almarhum dan dikumpulkan bersama para solihin," katanya.
Berita sedih berkenaan turut dikongsikan Menteri Besar Kedah yang juga Yang Dipertua (YDP) Pas Sik, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Awal Mei lalu, Mohd Isa, 69 tahun, dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HSAH.
Menurut Timbalan YDP Pas Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman, Mohd Isa dimasukkan ke Hospital Sik sebelum dibawa ke HSAH kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.
Allahyarham yang merupakan ADUN Belantik selama tiga penggal menewaskan calon Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan majoriti 2,574 undi.
Abd Hadi Che Awang
Wed Jun 14 2023
Awal Mei lalu, Mohd Isa dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi HSAH.
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Jenazah ADUN Belantek selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek Datuk Mohd Isa Shafie selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jering, Chepir dekat sini, kira-kira 11.30 pagi tadi.
ADUN Belantek Mohd Isa meninggal dunia
Menurut Ahmad Tarmizi, Mohd Isa dimasukkan ke hospital kerana mengalami jangkitan kuman pada jantung, paru-paru dan buah pinggang.