PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, beliau sedia mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Dalam masa sama, Dr Mahathir yang juga Pengerusi GTA berkata, parti berkenaan belum memutuskan untuk mencalonkan beliau sebagai calon Perdana Menteri.
Sebaliknya, perkara itu, kata Dr Mahathir, hanya akan ditentukan sekiranya GTA berjaya membentuk majoriti selepas PRU15.
“Kita (GTA) membuat keputusan iaitu di Langkawi, calonnya ialah Dr Mahathir Bin Mohamad, tetapi bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri, hanya calon sebagai wakil rakyat sahaja.
“Kita tak tentukan (lagi) siapa yang akan jadi Perdana Menteri sebab calon untuk Perdana Menteri itu hanya relevan kalau kita menang sahaja, kalau kalah tak relevan,” kata Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat GTA, di sini, hari ini.
Selain itu, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu berkata, GTA juga membuat ketetapan untuk bertanding sekitar 120 kerusi Parlimen bagi mencerahkan peluang mereka untuk membentuk majoriti sendiri.
Kata beliau, sasaran bertanding di lebih 120 kerusi Parlimen yang dibuat oleh GTA termasuk kerusi di Sabah.
Dalam masa sama, beliau berkata, GTA juga membuat pertimbangan untuk kerjasama politik dengan parti-parti lain yang dikira ‘sebulu’ dengan mereka iaitu menentang UMNO dan Barisan Nasional.
“Siapa parti itu, saya tak boleh dedahkan lagi. Tetapi kita sanggup adakan kerjasama kalau mereka ingin selamatkan negara kita ini daripada pemerintahan UMNO.
“Kita dapati UMNO adalah sebuah parti yang tidak sama sekali mengambil berat tentang masalah rakyat. Yang mereka nak hanya menjadi Perdana Menteri dan kerajaan. Itu saja tujuan mereka. Cakap sepanjang masa bukan berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat, tetapi untuk mereka menang PRU,” katanya lagi.
Dr Mahathir berkata, kenyataan beliau sebelum ini bahawa UMNO akan menang PRU telah disalah faham, sebaliknya, menekankan parti lawannya itu hanya akan menang sekiranya mereka menggunakan taktik sogokan untuk meraih sokongan pengundi.
“Dalam perkara ini mereka sebut saya sebagai berkata UMNO akan menang. Saya tidak kata UMNO akan menang. Saya berkata UMNO akan menang dengan menggunakan wang, iaitu sogokan, bribery yang biasa diguna oleh UMNO.
“Dan ini adalah satu kenyataan yang dibuat untuk peringati rakyat supaya jangan terima sogokan. Kerana sogokan akan datang dari orang tidak baik. Orang baik tak perlu sogokan,” katanya lagi.
Dr Mahathir bekata, GTA tidak perlu kepada sogokan, sebaliknya kalau terpilih, mereka akan mendirikan kerajaan yang akan memberi pandangan kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Firdaus Azil
Tue Oct 11 2022
Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan, beliau sedia mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi mewakili parti Gerakan Tanah Air (GTA) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung tidak lama lagi. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
China sasar penembusan pengguna 5G lebih 85 peratus menjelang akhir 2027
Setakat akhir September tahun ini, jumlah stesen pangkalan 5G di China mencapai kira-kira 4.09 juta.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Presiden Serbia bubar Parlimen, pilihan raya awal dijadual pada 17 Disember
Aleksandar Vucic meminta rakyat dan ahli politik untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu.
Thailand bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada Mei
Raja Maha Vajiralongkorn telah mengesahkan dekri untuk membubarkan Parlimen, menurut Warta Diraja yang diterbitkan pada Isnin.
Thailand akan bubar Parlimen pada Mac, pilihan raya 7 Mei
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha akan membubarkan parlimen pada Mac dan pilihan raya mungkin akan diadakan pada 7 Mei.
PRU15: Mahkamah putuskan PM tak perlu berunding dengan Kabinet untuk bubar Parlimen
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkata Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri kerana itu adalah hak mutlak beliau sebagai Perdana Menteri.
Pasukan Jihad Tangani Inflasi masih berfungsi, tidak bubar - Annuar
Annuar berkata pasukan itu juga tidak dibubarkan kerana masalah berkaitan inflasi masih lagi menjadi tanggungjawab kerajaan ketika ini.
Keputusan pembubaran DUN Pulau Pinang diketahui petang Rabu
Keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada petang Rabu.
PRU15: UMNO mohon bubar Parlimen demi kemaslahatan, masa depan rakyat - Zahid
UMNO memohon Parlimen dibubarkan ketika kerajaan campuran berada di puncak kuasa demi kemaslahatan dan masa depan rakyat serta negara, kata Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pas kecewa situasi memaksa Parlimen dibubar tergesa-gesa - Abdul Hadi
Pas melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa.
PRU15: BN perlu bertanggungjawab jika berlaku kemudaratan - Hannah Yeoh
Hannah Yeoh berharap BN akan bertanggungjawab seandainya berlaku sebarang kemudaratan akibat PRU15 yang diadakan semasa musim bah.
PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi
Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November.