KUALA LUMPUR: Datuk Ramli Mohd Nor akan terus berusaha mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands sekiranya dicalonkan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Beliau berkata BN adalah satu-satunya parti yang memberi ruang kepada masyarakat Orang Asli untuk bertanding di peringkat Parlimen sekali gus suara kaum itu dapat didengari di peringkat kebangsaan.
"Saya seorang ahli parti UMNO, saya akur dengan apa-apa keputusan BN dan UMNO. Kalau diberi ruang sebagai calon saya akan usaha buat yang terbaik untuk mempertahankan kerusi BN/UMNO dan berkhidmat sebaiknya untuk masyarakat Cameron Highlands. Insya-Allah," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada bersedia mempertahankan kerusi Parlimen itu berikutan ura-ura kerusi berkenaan akan diserahkan kepada UMNO bagi PRU15, manakala sebagai pertukaran MIC akan berpindah ke kerusi Parlimen Teluk Intan.
Ditanya mengenai peratusan pengundi Orang Asli di Cameron Highlands, beliau berkata daripada jumlah keseluruhan 45,749 pemilih, 13,165 orang terdiri daripada Orang Asli; 14,687 (Melayu); 12,404 (Cina) dan 5,493 (India).
Sebelum ini, Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov 2018 mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN dalam PRU14 terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Bagaimanapun, BN berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas calonnya, Ramli daripada suku Orang Asli Semai memenangi PRK itu pada 2019 dengan majoriti 3,238 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022
Datuk Ramli Mohd Nor akan terus berusaha mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands sekiranya dicalonkan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kawasan itu pada PRU15 nanti. - Gambar fail/BERNAMA
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Dilabel zoo, Timbalan Speaker tegur Ahli Parlimen jaga kelakuan
Terdapat individu yang melabelkan persidangan Parlimen sebagai 'zoo'.
PRU15: Ramli sedia pertahan Cameron Highlands jika dicalonkan
Datuk Ramli Mohd Nor akan terus berusaha mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands sekiranya dicalonkan oleh kepimpinan BN untuk bertanding di kawasan itu pada PRU15 nanti.
Guan Eng ucap tahniah kepada Ramli, Najib
Katanya, walaupun tewas, Pakatan Harapan tetap berbangga kerana berjaya mengurangkan jumlah majoriti yang dimenangi pihak lawan.
Manogaran terima kekalahan, Ramli terharu dan Wong masih bersemangat
Calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran menerima kekalahan bagi kali ketiga dengan hati terbuka apabila tewas kepada pesaing utamanya Ramli Mohd Noor daripada Barisan Nasional (BN).
BN letak Orang Asli sebagai calon di PRK Cameron Highlands
Pemilihan Ramli diumumkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis pada Khamis.