Keputusan PN menyapu bersih kerusi Parlimen Jerantut dan tiga kerusi diumumkan oleh Pengurus Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) oleh Khairun Nissa Aris, di Dewan Majlis Daerah Jerantut, awal pagi hari ini.
Kerusi Parlimen Jerantut dimenangi oleh Ir Khairil Nizam Khirudin (PN) yang mendapat 31,701 undi menewaskan Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (PH) yang memperoleh 11,444 undi, dan Datuk Zukarmi Abu Bakar (BN) yang memperoleh 23,609 undi. Khairil menang dengan majoriti 8,092 undi
Manakala, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (PN) meraih undi 8,777 undi dan menang dengan majoriti 2,014 mengekalkan kerusi DUN Tahan (N09) buat penggal kedua, menewaskan Mohd Abd Talib Mohd Tahar (PH) yang mendapat 724 undi, dan Faezah Ishak (BN) dengan 6,763 undi.
Dengan majoriti 2,296, Zuridan Md Daud (PN) menang buat kali kedua dengan 10,883 undi, menewaskan Muhamad Fasal Jamlus (BN) dengan 6,655 undi; Mohamad Rafly Mohd Satar (PH) memperoleh 8,587 undi, dan calon Bebas, Izzuddin Ismail (82 undi).
Lebih mengejutkan untuk keputusan PRU kali ini, di DUN Pulau Tawar (N11), calon BN, Datuk Nazri Ngah yang memperoleh undi 9,499 undi, tewas kepada Yohanis Ahmad (PN) yang meraih 12,986 undi dengan majoriti 3,487 undi.
Dua lagi pesaing, Norani Muhd @ Mohd Arshad (PH) memperoleh 1,091 undi, Mohd Rosidi Hassan (Pejuang) meraih 50 undi, manakal Ridzuan Mansor (Bebas) mendapat 544 undi.
Sementara itu, Yohanis Ahmad (PN) berkata, beliau sangat berterima kasih kepada semua jentera parti serta pengundi DUN Pulau Tawar yang memilihnya.
“Saya akan menggalas tangungjawab dan amanah yang diberi, dan Insya-Allah akan cuba menyelesaikan semua isu yang ada di DUN ini.
“Kemenangan empat kerusi termasuk Parlimen Jerantut menunjukkan pengundi di Jerantut sudah mula mahu satu perubahan di Pahang,” katanya ketika ditemui malam tadi.