Perikatan Nasional (PN) perlu mengadakan tinjauan pendapat umum untuk menentukan parti mana paling layak menjadi calon di kawasan kerusi bertindih yang didakwa milik UMNO, Pas atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.
Pengarah Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi (CMIWS) Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof Datuk Dr Ismail Sualman menegaskan, ia strategi selepas perbincangan meja bulat pemimpin utama parti dan kerjasama secara konsensus dalam kalangan komponen terlibat.
"Sebagai contoh kerusi A dahulunya adalah kawasan UMNO, tetapi kali ini ada dua tiga parti di situ yang juga bertanding dalam satu gabungan di bawah PN, di situ ada orang Bersatu, ada orang Pas, ada pemimpin dan juga ahli-ahli UMNO, jadi bagaimana sepatutnya?
"Satu tinjauan atau survey perlu dibuat dahulu, baru kita dapat kenal pasti betul-betul itu kehendak pengundi, ia tak boleh hanya ditentukan oleh pemimpin sebab ditakuti nanti jika pemimpin sahaja menentukan calon, bukan kehendak pengundi, mungkin PN akan kalah," katanya ketika dihubungi di sini, pada Rabu.
BACA: Bahang PRU sudah terasa, MPT Bersatu mula bincang pembahagian kerusi
BACA: Jangan jadi parti toksik dalam PN - Srikandi Bersatu WP
PN sebelum ini dilihat seharusnya lebih awal bersedia memuktamadkan pembahagian kerusi masing-masing bagi menghadapi PRU15.
Langkah itu memastikan kerjasama antara Bersatu, UMNO dan Pas kekal utuh selain dalam haluan sama sebagai jaminan untuk terus mentadbir negara pada penggal selepas PRU-15.
Dalam pada itu kata Dr Ismail, semua parti di dalam PN perlu berlapang dada dalam isu berkenaan selain membuang tanggapan kerusi tetap yang dimiliki sejak turun temurun tidak boleh diubah.
Jelasnya, perbincangan itu juga harus selari norma baharu politik yang memfokuskan kepada kemenangan dalam PRU15.
Paling penting ujarnya, PN perlu mendapatkan kepercayaan dan soladiriti keutuhan dalam gabungan itu sendiri.
"Jangan tunjukkan percakaran dan tuduh menuduh dalam satu parti yang akan mengundang rasa curiga serta tidak percaya pemimpin dan pengundi.
"PN perlu menjaga reputasi dan sentiasa dekat di hati rakyat dalam track record yang dilakukan, pengendalian kes COVID-19 menjadi tiket terbaik PN untuk rakyat memberi sokongan kepada mereka," katanya.
Sebelum ini, seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memberitahu, desas desus mengenai pilihan raya umum semakin kencang apabila isu pembahagian kerusi mula dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada Selasa.
Katanya, hasil keputusan mesyuarat berkenaan akan diperhalusi lagi sebelum dibawa ke mesyuarat rundingan dengan Pas dan UMNO pada tarikh yang akan ditentukan kelak.
Wan Syamsul Amly
Wed Jul 22 2020
Kata Dr Ismail, semua parti di dalam PN perlu berlapang dada dalam isu berkenaan selain membuang tanggapan kerusi tetap yang dimiliki sejak turun temurun tidak boleh diubah. - Gambar UiTM
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRK Mahkota: Penyokong parti PN mula berarak mengiringi calon
Mohamad Haizan Jaafar tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini jam 8.30 pagi bersama lebih 1,000 penyokong.
MB Johor umum calon PRK Mahkota - Zahid
Presiden UMNO itu berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
PRK Sungai Bakap: Fahmi harap kempen kedua-dua calon berjalan secara berhemah
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berharap kempen kedua-dua calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap berjalan secara berhemah.
PRK Sungai Bakap: Calon Kerajaan Perpaduan diumum malam ini
Calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK Sungai Bakap telah dimuktamadkan dan akan diumumkan 9 malam ini.
Badan penyelia pilihan raya Iran mula saring calon presiden - Jurucakap
Majlis Perlembagaan Iran telah memulakan proses penyaringan calon-calon yang berpotensi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden kilat.
PRK KKB: Masyarakat India dinasihat pilih calon mampu jamin kesejahteraan
Komuniti India harus tidak mudah terperdaya dengan hasutan pihak tertentu yang meminta mereka memboikot PRK berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok
Ng Sze Han berkata calon yang dipilih akan dimuktamad pada mesyuarat kepimpinan tertinggi pakatan itu yang dijadualkan berlangsung malam ini.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.