KOTA BHARU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi Parlimen di Kelantan yang akan ditandingi calon Gerakan Tanah Air (GTA), pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Pejuang Kelantan Datuk Sazmi Miah berkata ia susulan mesyuarat GTA hari ini yang dihadiri wakil pimpinan kedua-dua parti tersebut, gagal mencapai kata putus.
"Jadi tiada keputusan yang dibuat, kerana ada pertindihan calon kerusi Parlimen yang dikemukakan oleh kedua-dua parti, antaranya di Parlimen Kota Bharu, Tumpat dan Pengkalan Chepa.
"Pengerusi GTA Kelantan Datuk Ibrahim Ali, tidak sepatutnya terburu-buru membuat kenyataan kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan semua pimpinan parti Komponen di dalam GTA," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sazmi yang juga Timbalan Pengerusi GTA Kelantan berkata keputusan untuk menempatkan calon masih lagi dalam perbincangan dan perincian, kerana gabungan itu akan mengetengahkan calon-calon yang terbaik.
Media hari ini melaporkan Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi GTA dan Presiden Putra berkata parti itu akan bertanding di tujuh daripada 14 kerusi Parlimen Kelantan pada PRU15.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Ketua Pejuang Kelantan Datuk Sazmi Miah berkata ia susulan mesyuarat GTA hari ini yang dihadiri wakil pimpinan kedua-dua parti tersebut, gagal mencapai kata putus. - Gambar fail/Sinar Harian
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Kerajaan akan perkemas pelaksanaan projek RMK13, elak kelewatan
Kerajaan Pusat memberi komitmen memperbaiki dan memperkemaskan proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek sakit di Sabah.
Menyingkap peristiwa pahit manis Bumi Kenyalang sepanjang 2024
2024 bakal pergi membawa bersama lipatan sejarah pahit manis buat penduduk Bumi Kenyalang.
Malaysia tidak berkompromi tindakan Filipina tuntut Sabah
Mengenai implikasi tindakan kerajaan Filipina yang meluluskan akta baharu menyentuh soal tuntutan terhadap Sabah dan peta melanggar sempadan maritim negeri itu, Mohamad berkata kerajaan tidak berkompromi berhubung isu itu malah telah menghantar nota bantahan mengenainya.
Kerajaan perkemas pelaksanaan projek elak kelewatan
Kerajaan pusat memberi komitmen memperbaiki dan memperkemaskan proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek ‘sakit’ di Sabah.
menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata masalah utama yang menyumbang kepada kelewatan ini sering berpunca daripada isu berkaitan tanah, seperti projek yang diluluskan sebelum isu pemilikan tanah diselesaikan sepenuhnya.
menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata masalah utama yang menyumbang kepada kelewatan ini sering berpunca daripada isu berkaitan tanah, seperti projek yang diluluskan sebelum isu pemilikan tanah diselesaikan sepenuhnya.
Air naik mendadak, penduduk bersyukur bantuan pantas, mencukupi
Hujan tanpa henti sejak petang Selasa mengakibatkan paras air di Kampung Sungai Bedaun, Kuching naik mendadak.
Polis Sabah nafi roboh rumah balu perwira negara
Polis menafikan rumah balu perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo, Lahad Datu pada 2013 lalu, dirobohkan pihak berkuasa.
Pantau Agenda Reformasi: Mengupas Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2025-2035
Bersama Prof Dr Fauzilah Salleh, Ketua Kluster Penyelidikan Undang-Undang & Perniagaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka mulai hari ini - TH
TH membuka permohonan bagi rayuan untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1446H/2025M melalui aplikasi dan laman sesawang THiJARI bermula hari ini hingga 31 Januari depan.
Pelawak lelaki miliki ganja didakwa Jumaat
Pelakon dan pelawak yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya akan dituduh di Mahkamah Sepang pada Jumaat.
PRU15: Pejuang, Putra belum muktamad pembahagian kerusi di Kelantan
Ia susulan mesyuarat GTA hari ini yang dihadiri wakil pimpinan kedua-dua parti tersebut, gagal mencapai kata putus.