Selain sorakan ‘abah’ laungan ‘Perikatan Nasional’ turut dilakukan penyokongnya selepas pemimpin tertinggi parti itu menang dengan majoriti besar sebanyak 10,007 undi dengan keseluruhan 24,986 undi.
Muhyiddin telah menewaskan dua lagi calon lain masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim yang memperolehi14,426 undi, dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman yang meraih 14, 979 undi.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu telah mempertahankan Pagoh melebihi lima penggal selain turut pernah memenangi kerusi itu atas tiket BN.
Kesemua penyokong turut mengikuti pengumuman langsung calon di Pusat Media Utama PN, di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam.
Namun kelibat Muhyiddin masih belum dilihat memasuki perkarangan hotel ini.