KUALA LUMPUR: MIC kekal bertanding di kesemua kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Presiden MIC Tan Sri S. A Vigneswaran.
Vigneswaran berterima kasih kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas keputusan berkenaan yang diumumkan ketika pelancaran Brigade Kebangsaan MIC pada September lepas.
"Kerusi tambahan bagi MIC untuk PRU15 masih dalam peringkat perbincangan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.
Ahmad Zahid merasmikan perhimpunan agung parti itu yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan; Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sebanyak 3,000 perwakilan dan pemerhati hadir pada perhimpunan itu.
Pada PRU14, MIC bertanding di sembilan kerusi Parlimen iaitu Sungai Siput dan Tapah di Perak; Sungai Buloh, Hulu Selangor, Kapar dan Kota Raja (Selangor); Port Dickson (Negeri Sembilan); Segamat (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).
Vigneswaran pada perhimpunan itu berikrar MIC akan berusaha bersungguh-sungguh bersama dengan jentera BN untuk memenangi semua kerusi ditandingi pada PRU15, dan tindakan akan diambil terhadap ketua bahagian yang tidak menolong calon parti komponen BN lain.
Mengakui antara faktor kegagalan MIC pada PRU lepas adalah lambat menamakan penyelaras untuk kawasan yang akan ditandingi, beliau berkata bagi mengelakkan keadaan berulang, penyelaras telah dilantik dua hingga tiga tahun lepas untuk bekerja di semua kerusi tradisi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022
![PRU15: MIC kekal bertanding kerusi tradisi PRU15: MIC kekal bertanding kerusi tradisi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665393112_BubarParlimenMIC.jpg)
MIC kekal bertanding di kesemua kerusi tradisinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) iaitu sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Presiden MIC Tan Sri S. A Vigneswaran. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723040529_TanSriSAVigneswar.jpg)
MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran
Perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.
![MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
MIC akan kemuka cadangan kawal selia pengunaan media sosial - Dr R.Nelson
MIC akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Komunikasi berhubung mengawal selia penggunaan media sosial terutamanya TikToK bagi pengguna di bawah usia 18 tahun.
![Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720432512_TBPuteriMIC.jpg)
Puteri MIC mahu kerajaan tangani segera isu buli siber
Sayap kanan MIC itu menegaskan sudah wujud keperluan mendesak untuk menangani ancaman dalam talian yang kian meningkat.
![PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719061713_PresidenMIC.jpg)
PRK Sungai Bakap: MIC akan turun beri sokongan kepada PH, raih undi masyarakat India
MIC akan turun padang berkempen bagi calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
![MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715292075_MIC.jpg)
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
![MIC adakan pemilihan presiden 12 April MIC adakan pemilihan presiden 12 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710758619_DatukMSaravanan.jpg)
MIC adakan pemilihan presiden 12 April
MIC akan mengadakan pemilihan jawatan presiden bagi penggal 2024 hingga 2027 pada 12 April ini.
![Wanita Malaysia pertama pegang jawatan awam Devaki Krishnan meninggal dunia Wanita Malaysia pertama pegang jawatan awam Devaki Krishnan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705789066_TBBelasungkawaNonM.jpg)
Wanita Malaysia pertama pegang jawatan awam Devaki Krishnan meninggal dunia
Berita kematiannya disahkan oleh cucunya Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan.
![KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618521484_pcmenteri.jpg)
KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan
KPM digesa untuk menyiasat dakwaan mengenai larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Pulau Pinang, baru-baru ini.
![Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699083294_MSaravanan.jpg)
Sayap parti pacu MIC hadapi cabaran politik semasa - Saravanan
Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan yakin parti itu mampu mendepani cabaran politik semasa menerusi peranan dan sumbangan yang dimainkan sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri.
!['Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan 'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61698490092_pcmenteri.jpg)
'Anggotai Kabinet hanya khabar angin' - Saravanan
Datuk Seri M Saravanan, menyifatkan dakwaan kononnya nama beliau akan tersenarai selepas rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan, hanyalah hanyalah khabar angin.