Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pelancaran manifesto tersebut akan dibuat dalam waktu terdekat.
"Kerajaan bersih dan berintegriti itu meliputi bebas rasuah, ketirisan dan penyelewengan.
"Kita mahukan kerajaan yang ada ketelusan, kita mahukan tadbir urus yang baik. (Sebagai contoh), beli peralatan macam kapal (tetapi) hilang, duit pun hilang. Kalau kita mahu beli peralatan apa tujuannya," katanya pada sidang media selepas Majlis Makan Malam bersama pemimpin Warisan di Sandakan pada Selasa malam.
Mohd Shafie menambah, selain kerajaan bersih dan berintegriti, Warisan juga meletakkan perpaduan dan penyatuan rakyat Malaysia dalam manifesto tersebut.
Seterusnya, melihat kepada tadbir urus yang telus selain inklusif serta kerajaan yang adil.