KUANTAN: Penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 1,821 undi.

Beliau memperoleh 19,600 undi menewaskan pencabarnya, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dari Barisan Nasional (BN) yang hanya meraih 17,779 undi.

Manakala calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Shuhor Awang hanya meraih 3,547 undi dan calon Bebas, Muhamad Hafiz Ishak mendapat 166 undi.

Pada PRU14 lalu, Ismail memenangi kerusi terbabit atas tiket Barisan Nasional (BN) menewaskan pencabarnya dari Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).