KUALA TERENGGANU: Bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jelas beliau, langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada calon muda seiring dengan hasrat UMNO untuk meremajakan parti.
"Dengan barisan kepimpinan yang lebih muda, saya yakin masa depan UMNO akan jadi lebih bertenaga dan diminati pengundi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Idris yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkata, keputusan untuk tidak bertanding pada PRU telah diambil sejak 2013 bagi memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti.
"Ketika itu, saya menyatakan hasrat saya kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO. Namun, atas kehendak parti saya akur dan kekal teruskan khidmat dengan bertanding dalam PRU demi parti dan negara.
"Pada tahun sama, saya telah melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Besut kepada pimpinan baharu sebagai salah satu perancangan saya untuk berundur secara beransur-ansur dalam dunia politik," ujarnya.
Idris memberitahu, pengalaman beliau bertanding dalam PRU bermula pada 1995 iaitu sebagai Ahli Parlimen Besut ketika berusia 40 tahun.
Jelas beliau, penggal seterusnya iaitu pada PRU 1999, beliau tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun kembali diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh untuk dua penggal berturut-turut iaitu pada 2004 dan 2008.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRU15 DI SINI
"Dua penggal berikutnya pula iaitu 2013 dan 2018, saya kembali bertanding di kerusi Parlimen seterusnya menang sebagai ahli Parlimen.
"Sekarang saya telah meniti usia 67 tahun. Masa untuk saya memberi laluan telah tiba," katanya.
Dalam pada itu, Idris turut merakam penghargaan kepada semua pengundi yang menyokongnya sebelum ini serta parti memberi kepercayaan terhadapnya
Katanya, walaupun berundur, beliau berazam untuk terus bekerja kuat bagi memastikan kemenangan BN pada PRU15.
Artikel asal diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 24 2022
![PRU15: Idris Jusoh umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda PRU15: Idris Jusoh umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605101218_IDRISJUSOH.jpg)
Jelas Idris, langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada calon muda seiring dengan hasrat UMNO untuk meremajakan parti. - Gambar fail
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![PRU15: Idris Jusoh umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda PRU15: Idris Jusoh umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41605101218_IDRISJUSOH.jpg)
PRU15: Idris Jusoh umum tak bertanding, beri laluan pemimpin muda
Bekas Ahli Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh mengumumkan keputusan untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).