IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga bekas Exco Perak dan bekas Ketua Pemuda Amanah Nasional mengumumkan perkara itu dalam hantaran terkini laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
Menurutnya, keputusan itu diambil bagi menebus kesilapan langkah politiknya sebelum ini yang keluar parti menjadi wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan kemudiannya Bebas.
Hasnul Zulkarnain berkata, beliau mahu memberi laluan kepada calon dari Pakatan Harapan (PH) dan akan turun berkempen bagi memenangkan calon Amanah dan PH di DUN atau Parlimen yang ditandingi.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpanan Amanah Kawasan Parit Buntar, Amanah Perak dan juga Amanah Nasional yang telah meletakkan saya sebagai calon pada PRU yang lepas,” katanya.
Beliau turut menyatakan penghargaan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad serta penjawat awam kerajaan negeri dan pejabat daerah Kerian kerana banyak membantu menjayakan agenda pembangunan di DUN Titi Serong.
Pada PRU14, Hasnul Zulkarnain yang bertanding atas tiket Amanah menenangi DUN Titi Serong, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dengan majoriti 140 undi.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Perak sebelum digugurkan apabila kerajaan PH Perak tumbang pada 2019.
Beliau kemudiannya menyertai Bersatu sebelum dipecat pada 2021 kerana dikatakan menyokong Saarani sebagai Menteri Besar Perak pada Disember 2020.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Oct 11 2022

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail/BERNAMA

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh 1.2 peratus
Indeks keyakinan pengguna Thailand jatuh kepada 57.8 peratus bulan lalu berbanding dengan paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan iaitu 59 peratus pada Januari.
AWANI Ringkas: Akta Padi dan Beras diperhalusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Guru besar didakwa guna kedudukan bantu adik dapatkan projek pembinaan di sekolah
Seorang guru besar didakwa atas pertuduhan membantu syarikat adiknya mendapatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah sekolah bernilai RM48,050.

SPRM kembali jadi tumpuan, Ismail Sabri sambung beri keterangan petang ini
Ibu Pejabat SPRM kembali menjadi tumpuan media petang ini bagi perkembangan kes rasuah dan penggubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Empat ejen haram warga asing ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berasingan sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.

Imam masjid di Teluk Intan buat laporan polis, dakwa difitnah bekas ADUN
Mohamad Lotfi menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang imam.

PRU15: Hasnul Zulkarnain umum tidak bertanding, akan bantu calon PH
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengumumkan tidak akan bertanding mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Saya kekal ADUN Bebas yang sokong kerajaan" - Hasnul Zulkarnain
Hasnul Zulkarnain tegaskan, tidak akan merayu terhadap keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang telah memecatnya.

Bersatu pecat Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Bersatu Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Hamzah tak perlu cari bukti, Hasnul akui tanda tangan SD sokong Saarani
SD itu ditandatangani beliau pada hari sama Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan kepercayaan majoriti ADUN pada persidangan DUN Perak, 4 Disember lalu.

ADUN Titi Serong sah sertai Bersatu pada 3 Jun lepas
ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim hari ini, mengesahkan beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti
Tiga Adun itu ialah ADUN Tronoh (DAP), Yong Choo Kiong, Adun Titi Serong (Amanah), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan Adun Buntong (DAP), A.Sivasubramaniam.

Exco Perak, Hasnul menangis teresak-esak tinggalkan pejabat
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan NGO negeri, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menangis apabila mengetahui kemungkinan terpaksa keluar dari pejabatnya susulan perkembangan politik sekarang.

Kontraktor ugut Exco Perak ditahan
Pihak polis telah menjalankan siasatan dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan / 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tidak semua kontrak perlu ditender - Ahmad Faizal
Sebagai contoh, katanya, projek yang melibatkan kawasan keselamatan dan yang perlu disiapkan segera mungkin tidak perlu ditender.