KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum memuktamadkan calon yang akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor.
Bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS, Hajiji berkata, mesyuarat itu hanya membincang dan menekankan kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Ketua Menteri Sabah itu berkata, mesyuarat itu juga mengaktifkan jentera parti GRS kerjasama dengan BN.
"Calon belum lagi... nanti saya akan umumkan. Tunggu sahaja.
"Kita hanya bincang mengenai persiapan pilihan raya. Parlimen sudah dibubar jadi kita mesti bersedia untuk menghadapi PRU15 termasuk mengaktifkan jentera GRS dan bekerjasama dengan BN," katanya kepada pemberita.
Hadir sama pada mesyuarat itu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, Presiden STAR Datuk Seri Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee, Presiden USNO Datuk Seri Pandikar Amin Mulia, serta beberapa Ahli Majlis Tertinggi dalam GRS.
GRS merangkumi komponen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Bersatu Sabah (PBS), parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).
Kerjasama BN dan GRS dijangka mengukuhkan lagi dua gabungan berkenaan dalam berhadapan parti pembangkang, Warisan yang diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta Pakatan Harapan (PH) Sabah.
Mirlen Axtius
Thu Oct 13 2022
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) belum memuktamadkan calon yang akan mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor. - Astro AWANI
Pengetua mengaku tidak bersalah lakukan amang & komunikasi seksual
Seorang pengetua mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan berkomunikasi secara seksual dan melakukan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuannya.
Pengawal keselamatan miliki item kumpulan Daesh dipenjara
Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan memiliki buku, lukisan bendera dan video serta menyediakan artikel berkaitan dengan kumpulan Daesh, Jun lepas.
Kartel beras: Laporan kajian diumum awal tahun depan
Laporan kajian mengenai kartel padi dan beras kini di peringkat akhir dan dijangka diumumkan awal tahun 2025.
Papagomo mahu jawab semua soalan di mahkamah
Polis selesai merakam keterangan blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris berhubung sebuah video berdurasi 31 minit lima saat yang memfitnah serta mengaibkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, baru-baru ini.
AWANI Borneo [19/12/2024] – Jenazah ‘Amoi’ Selamat Dikebumikan | Lega Bantuan Pantas, Teratur | Hantar Nota Bantahan
Tumpuan AWANI Borneo 19 Dis 2024 bersama Assim Hassan
- Hujan renyai iringi perjalanan terakhir 'Amoi'
- Penduduk Kampung Sungai Bedaun cemas, air naik mendadak.
- Malaysia tidak berkompromi tindakan Filipina tuntut Sabah
- Hujan renyai iringi perjalanan terakhir 'Amoi'
- Penduduk Kampung Sungai Bedaun cemas, air naik mendadak.
- Malaysia tidak berkompromi tindakan Filipina tuntut Sabah
Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".
Kerajaan akan perkemas pelaksanaan projek RMK13, elak kelewatan
Kerajaan Pusat memberi komitmen memperbaiki dan memperkemaskan proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek sakit di Sabah.
Menyingkap peristiwa pahit manis Bumi Kenyalang sepanjang 2024
2024 bakal pergi membawa bersama lipatan sejarah pahit manis buat penduduk Bumi Kenyalang.
Malaysia tidak berkompromi tindakan Filipina tuntut Sabah
Mengenai implikasi tindakan kerajaan Filipina yang meluluskan akta baharu menyentuh soal tuntutan terhadap Sabah dan peta melanggar sempadan maritim negeri itu, Mohamad berkata kerajaan tidak berkompromi berhubung isu itu malah telah menghantar nota bantahan mengenainya.
Kerajaan perkemas pelaksanaan projek elak kelewatan
Kerajaan pusat memberi komitmen memperbaiki dan memperkemaskan proses pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) bagi mengelakkan kelewatan dan kegagalan projek ‘sakit’ di Sabah.
menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata masalah utama yang menyumbang kepada kelewatan ini sering berpunca daripada isu berkaitan tanah, seperti projek yang diluluskan sebelum isu pemilikan tanah diselesaikan sepenuhnya.
menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata masalah utama yang menyumbang kepada kelewatan ini sering berpunca daripada isu berkaitan tanah, seperti projek yang diluluskan sebelum isu pemilikan tanah diselesaikan sepenuhnya.
Fokus selesai masalah rakyat sebelum fikir PRN Sabah - Armizan
Armizan berkata, tempoh kira-kira setahun ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah serta isu yang menjadi keutamaan rakyat.
PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
GRS selesa kerjasama dengan PH Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah terutama dalam usaha memajukan negeri ini dan menyatupadukan rakyat.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Perpaduan GRS-PH perlu diteruskan pada PRN Sabah - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung GRS Datuk Armizan Mohd Ali mahu perpaduan sedia ada antara gabungan berkenaan dengan PH diteruskan dalam PRN.
GRS tidak tergugat dengan hasrat Bersatu tawan semula Sabah
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak tergugat dengan kenyataan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang yakin dapat merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Negeri akan datang.
MA63: Tuntutan Sabah demi kesejahteraan negara - Hajiji
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata tuntutan berkenaan adalah berlandaskan komitmen menjunjung Perlembagaan Persekutuan.
ADUN di Sabah memang suka lompat parti untuk dapatkan kuasa - Bung Moktar
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu menyifatkan ADUN di Sabah sememangnya suka melompat parti bagi mendapatkan kuasa atau kedudukan.
Armizan sah tidak sertai Parti Gagasan Rakyat Sabah, kekal ahli langsung GRS
Selain Armizan, tiga lagi Ahli Dewan Rakyat yang kekal sebagai ahli langsung GRS ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang); Khairul Firdaus Akhbar Khan (Batu Sapi) dan Datuk Jonathan Yassin (Ranau).
Politik Sabah: Rombakan kabinet selepas Hajiji berjumpa PM?
Pertemuan berkenaan dijangka berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah sekembalinya Anwar dari lawatan rasminya ke Jakarta.