GEORGE TOWN: Parti komponen Perikatan Nasional (PN), Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengumumkan akan bertanding di 18 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.
Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau memberitahu, lima daripada kerusi Parlimen itu akan dipertandingkan di Pulau Pinang, negeri yang pernah menjadi kubu kuat parti itu sebelum dirampas DAP pada 2008.
"Kali ini, kita (Gerakan) akan dapat lebih kerusi berbanding ketika bersama Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang mana ketika itu Gerakan hanya bertanding di 12 Parlimen dan 33 Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Setakat ini Parlimen kita ada 18 kerusi, tapi kalau adda perubahan, jangan salahkan saya," katanya pada sidang media pelancaran Bilik Gerakan PRU15 PN Bayan Baru di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut Dominic memberitahu, Gerakan kini berada di peringkat akhir penelitian senarai calon yang bakal ditampilkan pada PRU15.
Menurutnya setiap calon akan disaring termasuk dari aspek keselamatan, integriti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kelayakan sama ada mereka boleh diterima oleh rakyat setempat atau sebaliknya.
Beliau memberitahu, senarai-senarai calon akan dimumkan pada 30 Oktober ini secara serentak di semua negeri manakala manifesto PN akan diumumkan kepada rakyat pada 1 November depan.
Dalam pada itu, Dominic turut mengesahkan parti itu akan menggunakan logo PN termasuk di Pulau Pinang ketika bertanding pada PRU15.
Menurutnya, penggunaan logo PN itu telah dimuktamadkan dan tiada lagi perubahan mengenainya.
Beberapa bulan selepas kekalahan BN dalam PRU14, Gerakan mengumumkan keluar BN untuk menjadi sebuah parti bebas yang konstruktif.
Namun pada Februari tahun lalu, Gerakan menyertai gabungan PN.
Umavathi Ramayah
Tue Oct 25 2022

Dr Dominic Lau (duduk dua dari kanan) memberitahu, lima daripada kerusi Parlimen itu akan dipertandingkan di Pulau Pinang. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRU15: Gerakan bertanding di 18 kerusi, sepakat guna logo PN
Gerakan mengumumkan akan bertanding di 18 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Gerakan berhasrat sertai Perikatan Nasional - Presiden
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini menyatakan hasrat untuk menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN), yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malaysia 2020: Gerakan sokong Tun Mahathir demi kestabilan negara
Katanya, memandangkan Dr Mahathir mendapat sokongan pembangkang untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri, beliau boleh membentuk kerajaan gabungan untuk menstabilkan keadaan negara.

Gerakan bantah usul pelaksanaan persempadanan semula pilihan raya - Mah
Gerakan akan membuat bantahan berkaitan usul persempadanan semula pilihan raya di beberapa kawasan yang disifat boleh menjejaskan parti itu.

'Tajuddin mahu jadi hero' - Gerakan
Kenyataan itu dibuat AJK Pusat Gerakan susulan kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan Tajuddin yang didakwa mahu melempang orang Cina.