KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mengisytiharkan aset bersih sebanyak RM11,178,667.80.

Menurut laman web khas calonkeadilan.org, dokumen tersebut memaparkan senarai wang simpanan dan tunai termasuk pelaburan.

Aset lain milik Presiden Keadilan itu juga termasuk kediaman di Segambut Dalam, Kuala Lumpur dengan nilai pasaran RM9 juta.

Dokumen pengisytiharan Anwar menyenaraikan wang tunai dan simpanan (termasuk pelaburan) berjumlah RM828,667.83
.
LIHAT CALON-CALON PRU15 DI SINI 


Selain itu, turut disenaraikan ialah sebidang tanah di Port Dickson, Negeri Sembilan yang dibeli secara tunai dengan wang hasil jualan rumah di Bukit Damansara.

PRU15 | Anwar dah isytihar harta, ini jumlah aset bersih Anwar