IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak belum membuat sebarang ketetapan berhubung pembahagian kerusi terutamanya di kawasan yang ditinggalkan Parti Gerakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti parti komponen yang sesuai untuk ditempatkan di kerusi-kerusi berkenaan untuk bertanding pada PRU15 nanti.
“Kerusi itu masih kosong (belum ada ketetapan komponen parti mana untuk diletakkan) di situ. Ini kerana Gerakan adalah sebuah parti yang berbilang bangsa.
“Kita akan melihat semula komponen parti mana yang boleh mengambil tempat itu (ditandingi) untuk kita menangi kerusi itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Menteri Besar Bersama Rakyat (MESRA) bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) dan Veteran UMNO di Laman Sri Ridzuan dekat sini pada Rabu.
Untuk rekod, pada PRU14, Gerakan pada ketika itu bersama BN telah ditempatkan di tiga kerusi masing-masing Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.
Kerusi yang ditandingi ialah Taiping, Teluk Intan, Beruas, Aulong, Jalong dan Canning.
Pada Jun 2018, Gerakan mengumumkan keluar daripada gabungan BN dan menjadi parti bebas sebelum menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Februari tahun lalu.
Pada perkembangan lain, Saarani turut ditanyakan tentang saranan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar Friends of BN diberi peluang menjadi calon mewakili gabungan parti politik itu pada PRU15.
Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata perkara itu dalam peringkat kajian untuk memastikan calon-calon yang dipilih adalah calon yang dapat memenangi kerusi yang ditandingi.
“Apabila kita meletakkan calon, kita kena meletakkan calon yang boleh menarik undi dan kita menang di situ.
“Jadi kalau ada keperluan dan peluang untuk kita memenangi sesuatu kerusi, melalui Friends of BN, kita boleh meletakkan calon daripada Friends of BN, dengan syarat boleh menang,” ujarnya.
Amirrul Rabbani
Wed Jun 22 2022
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti parti komponen yang sesuai untuk ditempatkan di kerusi-kerusi berkenaan untuk bertanding pada PRU15 nanti. - Gambar fail/BERNAMA
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
PRN: PH, BN Sabah wujudkan ruang komunikasi bagi gerak kerja bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Sabah bersetuju mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN Sabah nanti.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.
BN akan kerjasama dengan PH pada PRN Sabah - Ahmad Zahid
Pengerusi BN mengulangi pendirian berhubung kerjasama gabungan itu dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
1MDB: UMNO, BN yakin Najib di pihak yang benar - Zahid Hamidi
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan bekas Perdana Menteri itu mendapat keadilan.
Jawatankuasa MIC Perak baharu bakal jana transformasi politik, pembangunan - Ramasamy
Ramasamy turut komited dalam menawan kepercayaan masyarakat terhadap parti itu serta Barisan Nasional.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.