KIMANIS: Barisan Nasional (BN) tidak menolak memberi ruang kepada bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk mengisi jawatan di peringkat nasional jika parti itu berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana melalui rundingan yang dijalankan, bekas Ahli Parlimen Kimanis itu mengesahkan tidak akan bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Sebaliknya, menurut Ahmad Zahid, Anifah menyatakan kesediaan untuk menyokong penyandang kerusi Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.
“Datuk Moh (Alamin), InsyaAllah jika tuan-puan bersetuju saya akan letakkan semula Datuk Moh sebagai calon BN di Kimanis.
“Ada seorang lagi tokoh di Kimanis, walaupun beliau telah berjumpa dengan saya dan menyatakan sokongan kepada Datuk Moh dan tidak akan bertanding, tetapi saya akan beritahu Perdana Menteri ada tempat yang sesuai untuk tokoh berkenaan.
“Ini rundingan, jangan orang lain untung kita rugi. Moh untung, dia pun untung.
“Itu baru seimbang antara Moh dan Datuk Seri Anifah Aman. Betul?,” katanya ketika berucap pada program Gelombang Biru BN Zon 3 di sini pada Ahad.
Presiden UMNO itu menambah, begitu pun untuk memastikan perkara itu dapat direalisasikan, pengundi di Parlimen Kimanis perlu memastikan kemenangan berpihak kepada Mohamad.
“Datuk Moh bila menang jangan lupa beritahu Perdana Menteri sokong orang itu (Anifah) dapatkan jawatan di peringkat nasional, betul?
“Tidak susah untuk menyelesaikan masalah politik, nak gaduh buat apa,” ujarnya lagi.
Sebelum ini timbul desas-desus bahawa Mohamad akan berpindah kerusi bagi memberi laluan kepada seorang calon ‘heavyweight’.
Pada PRU14, Anifah memenangi kerusi Parlimen Kimanis.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember 2019 mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Anifah.
Susulan itu, PRK Kimanis diadakan dengan menyaksikan Mohamad menang selepas menewaskan calon Parti Warisan (Warisan), Datuk Karim Bujang dalam pertandingan satu lawan satu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid meletakkan keyakinan bahawa Perdana Menteri akan melantik seorang menteri dari Sabah bagi meneliti pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Jika BN membentuk kerajaan pada PRU15 ini, beliau berkata hak Sabah seperti termaktub dalam perjanjian berkenaan akan terus terbela.
Selain itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata tiada pertembungan kerusi antara BN dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PRU15 ini.
Ujarnya, kedua-dua gabungan itu telah mencapai kata sepakat untuk membantu satu sama lain bagi memastikan kemenangan selesa bagi membentuk kerajaan Persekutuan.
BN dan GRS juga tambah Ahmad Zahid, mempunyai formula dalam penentuan calon di kerusi yang akan ditandingi, dan ia dijangka diumum dalam masa terdekat.
“GRS jangan sabotaj calon BN… BN jangan sabotaj calon GRS.
“Kita bekerja sebagai adik-beradik untuk mengekalkan parti yang sama di Sabah,” katanya.
Hasimi Muhamad
Sun Oct 23 2022
Menurut Ahmad Zahid, Anifah (gambar) menyatakan kesediaan untuk menyokong penyandang kerusi Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin. - Fail/BERNAMA
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Sivaraj akan dipertimbang peranan dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution
Saifuddin berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH.
PRU15: Majikan di Padang Serai diminta beri kebenaran pekerja keluar mengundi
Perkara itu wajar dilakukan berikutan keputusan Kerajaan Kedah yang tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian.
PRU15: PN optimis dapat tawan DUN Tioman - Tuan Ibrahim
Jentera Pas sudah lama bersiap siaga setelah kerusi DUN Tioman diberikan kepada calon Pas sebelum ini.
Pasca PRU15: Ahli kabinet perlu melangkaui parti politik - Herizal Hazri
Malaysia mempunyai ramai bakat berkaliber di luar pentas politik yang boleh dipanggil untuk bersama membantu pentadbiran negara.
Pasca PRU15: Niat laksanakan kerja, bukan untuk kekal berkuasa - Herizal Hazri
Sekejap atau lama hayatnya pada sesuatu jawatan itu, kerja yang terbaik harus disampaikan setiap masa.
Cukup-cukuplah main sentimen, bersatulah demi negara - Anis Yusal
Hasutan berbaur isu kaum dan agama hanya akan terus merencatkan langkah negara menuju kemajuan.
Kita sudah mula beranjak ke politik pendamaian - Penganalisis
Yang menang tak menang semua dan yang kalah tak kalah semua, seperti mana yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Individu terbaik dari setiap blok harus anggotai kabinet perpaduan - Anis Yusal
Semua pihak perlu belajar berkongsi kuasa dan mewujudkan keseimbangan dalam kerajaan perpaduan yang dibentuk.
Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah jawatan PM ke-10 di Istana Negara
Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesepuluh di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.00 petang, di sini hari
PRU15: Saingan enam penjuru di Parlimen Padang Serai
Proses penamaan calon bagi Parlimen Padang Serai lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawalan rapi pihak berkuasa.