Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah masing-masing akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan dan Panchor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu demikian pada majlis pengumuman calon PAS Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam tadi.
Beliau berkata PAS akan bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi mengekalkan kerajaan negeri pada pilihan raya itu.
Abdul Hadi turut mengumumkan bahawa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, akan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian selain Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, serta Siti Zailah Mohd Yusoff masing-masing mahu mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Kota Bharu dan Parlimen Rantau Panjang.
PAS turut melakukan beberapa pertukaran dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau negeri Datuk Che Abdullah Mat Nawi, yang sebelum ini bertanding di kerusi DUN Wakaf Bharu, dicalonkan bertanding kerusi Parlimen Tumpat dan tempatnya digantikan muka baharu, Mohd Rusli Abdullah.
Anak allahyarham Nik Abdul Aziz, Nik Mohamad Abduh yang dahulunya bertanding di Parlimen Pasir Mas, dipindahkan ke Parlimen Bachok. Kerusi Pasir Mas pula akan ditandingi Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari.
Penyandang kerusi Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaari pula bertukar ke Parlimen Pengkalan Chepa manakala penyandang kerusi itu (Pengkalan Chepa) Dr Izani Husin dipindahkan untuk bertanding di kerusi DUN Kijang.
Selain itu, PAS Kelantan mempertaruhkan Timbalan Speaker DUN Kelantan, Abd Latiff Abd Rahman, untuk bertanding di Parlimen Kuala Krai manakala penyandang kerusi DUN Pulai Chondong Zulkifli Mamat dicalonkan bertanding di Parlimen Machang dan tempatnya digantikan dengan calon muka baharu, Azhar Salleh.
Antara yang membuat penampilan semula ialah Wan Ismail Wan Jusoh yang bertanding di kerusi Parlimen Ketereh dan Dr Nik Muhd Zawawi Salleh (Pasir Puteh).
Antara muka baharu yang diketengahkan PAS ialah Wan Roslan Wan Hamat (Pengkalan Kubor), Mohd Adanan Hassan (Kelaboran), Zuraidin Abdullah (Chetok), Saiful Adli Abu Bakar (Salor), Tuan Mohd Sharipudin Tuan Ismail (Selising), Mohd Rodzi Ja'afar (Gaal) dan Ramzi Mohd Yusoff (Bukit Bunga). -- Bernama
Bernama
Thu Apr 26 2018
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) akan mempertahankan kerusi DUN Panchor pada PRU14 nanti. - Astro AWANI/Fail
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
'Hassan Nasrallah kata perang akan berlaku bagi bebas Baitul Maqdis, Masjid al-Aqsa' - Abdul Hadi
Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah pernah memberitahu bahawa peperangan akan berlaku bagi membebaskan Bait al-Maqdis dan Masjid al-Aqsa.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Muktamar Pas: "Biarlah dia cari dosa kering" - Ahmad Zahid
Beliau mengulas tindakan Pas didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan memaki hamun lawan mereka.
Cacian, kebencian dan angan-angan jadi hidangan Muktamar Pas ke-70 - Saifuddin Nasution
Hanya unsur cacian, kebencian dan angan-angan yang dihidangkan pemimpin Pas dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar Pas ke-70.
Pas tiada kaitan dengan GISB - Abdul Hadi
Pas menegaskan mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu yang melibatkan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
Muktamar Pas: SG4 bantu jayakan agenda nasional - Abdul Hadi
Fungsi penubuhan SG4 dalam kalangan empat negeri pimpinan Perikatan Nasional (PN) adalah untuk bersama menjayakan agenda nasional.
Pas tidak sesekali sertai PH, akan terus pertahan PN - Hadi Awang
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa PAS tetap berdiri teguh mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
Kenyataan Presiden Pas tidak bertanggungjawab, main sentimen perkauman dan agama - Pemerhati
Tunku Nashril-Abaidah berkata kenyataan itu dibuat sebagai cubaan untuk menarik perhatian serta mengalihkan fokus daripada isu-isu sebenar.
'Biarlah dia seorang sahaja yang kuat' - Anwar enggan layan kenyataan Abdul Hadi
Anwar berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Marang itu yang mendakwa pemimpin bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan sebagai 'naik kepala'.
PRN Sabah: 'Kita yang buat keputusan, bukan mereka' - Abdul Hadi
Keputusan sama ada Pas akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan ditentukan sendiri parti itu bukan pihak lain.