Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak mahu rakyat Sarawak memberikan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mandat yang kuat pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) nanti.
Beliau berkata mandat yang kuat akan membolehkan Adenan membentuk kerajaan negeri yang dapat menjamin kestabilan politik dan berunding dengan kerajaan pusat mengenai apa sahaja bentuk pembangunan yang diperlukan negeri.
"Mandat yang kuat itu adalah suara rakyat Sarawak dan kita (kerajaan pusat) mesti menghormati mandat yang diberikan itu," katanya ketika berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Saratok di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Adenan dan isterinya Puan Sri Jamilah Anu serta menteri-menteri kerajaan pusat dan negeri. PRN11 dijangka diadakan dalam waktu terdekat susulan penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun ini.
Dengan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) negeri, Najib berkata rakyat Sarawak akan dapat memastikan kerajaan negeri dan kerajaan pusat berada di dalam satu 'kelab' yang sama, sejiwa senada di dalam menentukan pembangunan pesat berterusan untuk negeri itu.
Perdana Menteri berkata Adenan yang menyambut ulang tahun kedua sebagai Ketua Menteri Sarawak semalam telah melaksanakan pelbagai perubahan dalam tempoh beliau memegang jawatan tersebut.
"Masa dua tahun tidak cukup untuk beliau melaksanakan segalanya untuk rakyat Sarawak. Berilah beliau lima tahun lagi untuk membawa lebih banyak pembangunan untuk Sarawak," katanya.
Najib mengingatkan bahawa sekiranya rakyat tersilap membuat pilihan pada PRN11 nanti, segala apa yang sedang dirundingkan oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat khasnya di dalam perkara menyentuh mengenai penurunan kuasa, akan menemui jalan sukar.
"Rundingan ini mudah untuk dilakukan khas sekali jika ianya dilakukan oleh kerajaan pusat dengan kerajaan negeri yang kuat di bawah pimpinan Adenan," katanya.
Bernama
Sun Feb 28 2016
![PRN11: Beri mandat kuat kepada Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem - Najib PRN11: Beri mandat kuat kepada Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/61456635012_NajibSaratok.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada majlis perasmian program Sejiwa Senada 2016 Kerajaan Bersama Rakyat di Dataran Saratok hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa 60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690001870_TBAbangJohariOpeng.jpg)
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
![Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628511219_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
![Mengenang Tok Nan: Tuhan nyuruh aku bantu rakyat! Mengenang Tok Nan: Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610349518_TokNan.jpg)
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
![Tok Nan terus dirindui ... Tok Nan terus dirindui ...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/71547201105_ADENAN.jpg)
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
![Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604915753_ABANGJOHARI.jpg)
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
![Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606391450_JamesMasing.jpg)
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
![Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532244346_KEMERDEKAANSARAWAK.jpg)
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
![GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547914402_GPS.jpg)
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
![Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547201105_ADENAN.jpg)
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
![Kelantangan Tok Nan dirindui Kelantangan Tok Nan dirindui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547201105_ADENAN.jpg)
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.