KUALA TERENGGANU: Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu menyatakan hasrat untuk bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tepuh, Batu Buruk dan Ru Rendang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Setiausahanya, Muzahar Hitam, berkata keputusan itu adalah hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Amanah Nasional dan Amanah Terengganu, semalam.
"Menerusi mesyuarat itu juga Amanah Terengganu bersedia untuk bertanding di kerusi DUN Bandar bagi membantu calon Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu," katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, beberapa kerusi DUN yang lain masih dalam dalam perbincangan akhir di antara pimpinan utama parti.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ketiga-tiga kerusi tersebut dimenangi calon Pas, yang mengekalkan kemenangan daripada PRU13.
Kerusi Tepuh disandang Hishamuddin Abdul Karim yang menang dengan majoriti 2,717 undi, Batu Buruk disandang Muhammad Khalil Abdul Hadi (menang majoriti 5,288 undi) dan Ru Rendang disandang Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (majoriti 6,028 undi).
Pas turut menang di kerusi DUN Bandar menerusi Ahmad Shah Muhamed dengan majoriti 2,091 undi.
PRN di enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan berlangsung serentak pada 12 Ogos.
Terengganu juga bakal menyaksikan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada tarikh sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
![PRN Terengganu: Amanah mahu tanding tiga kerusi, turut 'intai' kerusi DUN Bandar PRN Terengganu: Amanah mahu tanding tiga kerusi, turut 'intai' kerusi DUN Bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689771409_Amanah.jpg)
Parti Amanah Negara (Amanah) Terengganu menyatakan hasrat untuk bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tepuh, Batu Buruk dan Ru Rendang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696131617_dewanterengganu.jpg)
Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang
Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri, Ogos lepas.
![Kerajaan Persekutuan diminta teruskan kerjasama baik dengan Terengganu - Pas Kerajaan Persekutuan diminta teruskan kerjasama baik dengan Terengganu - Pas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692409613_HusainAwang.jpg)
Kerajaan Persekutuan diminta teruskan kerjasama baik dengan Terengganu - Pas
Kerajaan Persekutuan boleh dianggap 'bapa' yang masih perlu beri bantuan dan perhatian kepada negeri-negeri yang dianggap sebagai 'anak'.
![Ahmad Samsuri angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692086927_SamsuriMokhtar.jpg)
Ahmad Samsuri angkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu
Naib Presiden PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu bagi penggal kedua hari ini.
![Sikap 'abang besar' punca PH-BN kalah di Terengganu - Raja Bahrin Sikap 'abang besar' punca PH-BN kalah di Terengganu - Raja Bahrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691908622_RajaKamarulBahrin.jpg)
Sikap 'abang besar' punca PH-BN kalah di Terengganu - Raja Bahrin
Raja Kamarul Bahrin meluahkan rasa kecewa apabila gabungan PH-Barisan Nasional (BN) gagal memenangi sebarang kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada pilihan raya negeri (PRN).
![PRN: Kerjasama dengan Pusat akan dijalin secara matang - Ahmad Samsuri PRN: Kerjasama dengan Pusat akan dijalin secara matang - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691907084_AhmadSamsuriMokhta.jpg)
PRN: Kerjasama dengan Pusat akan dijalin secara matang - Ahmad Samsuri
Walaupun Terengganu tiada wakil parti pembangkang yang sealiran dengan kerajaan Persekutuan, ia bukan halangan untuk mewujudkan jalinan kerjasama secara baik.
![Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris Jusoh Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris Jusoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-12/51544782259_TANYAGOMEN.jpg)
Ahmad Zahid perlu letak jawatan - Idris Jusoh
Idris Jusoh mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertanggungjawab atas kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
![PRN: Tiada pembangkang, Terengganu akan wujud 'backbenchers' PRN: Tiada pembangkang, Terengganu akan wujud 'backbenchers'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691901930_TBAhmadSamsuriMokth.jpg)
PRN: Tiada pembangkang, Terengganu akan wujud 'backbenchers'
Terengganu akan mewujudkan ahli backbencher (penyokong) yang akan berperanan menegur setiap kepincangan serta bertindak sebagai semak dan imbang dalam pentadbiran negeri.
![[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal [RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691850822_AhmadSaid.jpg)
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
![[RASMI] PRN: Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang [RASMI] PRN: Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691848950_AhmadSamsuriMokhta.jpg)
[RASMI] PRN: Ahmad Samsuri pertahan kerusi Ru Rendang
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu untuk dua penggal berturut-turut.
![PRN: Polis Terengganu terima empat laporan MyKad diguna individu lain PRN: Polis Terengganu terima empat laporan MyKad diguna individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81691839625_MazliMazlan.jpg)
PRN: Polis Terengganu terima empat laporan MyKad diguna individu lain
Polis Terengganu mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan kad pengenalan (MyKad) digunakan individu lain di pusat mengundi di Marang dan Kuala Terengganu.