MARANG: Terengganu akan mewujudkan ahli backbencher (penyokong) yang akan berperanan menegur setiap kepincangan serta bertindak sebagai semak dan imbang dalam pentadbiran negeri.
Menteri Besar sementara Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu akan diambil kerana tiada wakil daripada Barisan Nasional (BN) dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu.
"Saya rasa kita kena lihat dari aspek yang positif dan sudah tentunya kerajaan akan mewujudkan backbancher iaitu penyokong kerajaan yang secara tersusun dapat mengkritik dan memberi teguran serta memberikan cadangan kepada kerajaan.
"Mereka diumpamakan sebagai pembangkang juga, namun berperanan secara lebih positif," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman keputusan PRN Terengganu dan PRK Kuala Terengganu di Dewan Tok Guru, di Rusila, di sini, malam Sabtu.
Ahmad Samsuri berkata demikian ketika ditanya sama ada wujud fenomena 'tidak sihat' dalam pentadbiran kerajaan Terengganu setelah tiada seorang calon BN menang dalam pilihan raya itu.
Dalam perkembangan sama, katanya, barisan Exco yang akan dilantik juga akan distruktur semula termasuk melantik dalam kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Itu (barisan Exco) masih dalam pertimbangan dan kita kena teliti pelbagai perkara kerana kita sekarang menjadi sebuah parti muafakat politik dalam Perikatan Nasional (PN).
"Jadi tentulah ada pertimbangan-pertimbangan dan penambahbaikan dalam portfolio-portfolio yang perlu diharmonikan.
"Kita akan ambil masa untuk teliti semula kedudukan portfolio-portfolio ini," ujar beliau.
Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan menteri besar dan pembentukan kerajaan baharu, katanya, ia dijangka diselesaikan dalam tempoh seminggu.
"Presiden Pas (Tan Sri Abdul Hadi Awang) akan mulakan proses itu untuk bawa surat daripada Pas utlntuk dipersembahkan kepada Tuanku (Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin) tentang cadangan yang sepatutnya. Tarikh tepat angkat sumpah adalah tertakluk kepada istana.
"Namun kita jangka boleh membentuk kabinet (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) dalam tempoh seminggu," katanya.
PRN Terengganu dan PRK Kuala Terengganu yang berlangsung pada Sabtu mencipta sejarah selepas semua calon PN memenangi kesemua 32 kerusi DUN yang ditandingi termasuk satu kerusi Parlimen. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 13 2023
![PRN: Tiada pembangkang, Terengganu akan wujud 'backbenchers' PRN: Tiada pembangkang, Terengganu akan wujud 'backbenchers'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691901930_TBAhmadSamsuriMokth.jpg)
Ahmad Samsuri berkata, keputusan itu akan diambil kerana tiada wakil daripada Barisan Nasional (BN) dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717854892_DatukOnnHafiz.jpg)
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
![Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712390712_TengkuZafrulHala.jpg)
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
![Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702371568_DatukArmizanMohdA.jpg)
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
![Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673071109_Hajiji.jpg)
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
![Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669763046_PerikatanNasional.jpg)
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
![Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697212634_ZulkapliMohamed.jpg)
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
![PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693629555_PRU.jpg)
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
![Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692166030_SPR.jpg)
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
![Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693214273_FahmiFadzil.jpg)
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
![GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684481562_KetuaMenteriSabah.jpg)
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.