KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihatkan supaya aktiviti berbahaya seperti menggantung bahan kempen pada tiang elektrik, menampal poster pada pencawang serta peti pembekal elektrik tidak dilakukan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.
Menerusi kenyataan hari ini, suruhanjaya itu memaklumkan peringatan itu diberikan ekoran pernah berlaku satu kejadian kemalangan elektrik pada 2018 yang melibatkan kecederaan empat mangsa akibat renjatan elektrik ketika memasang tiang bendera parti politik di Johor.
"Oleh itu, bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang serta bagi mencegah risiko kemalangan elektrik yang tidak diingini, ST menasihatkan supaya aktiviti berbahaya tidak dilakukan oleh pihak terlibat semasa kempen pilihan raya diadakan," menurut kenyataan itu.
ST turut menasihatkan supaya tiang atau objek tinggi tidak didirikan berdekatan atau di bawah talian elektrik, memanjat menara atau tiang elektrik serta membawa objek tinggi seperti galah atau kayu panjang berhampiran atau melintasi talian elektrik.
Orang ramai juga diingatkan agar tidak memasang bendera atau sepanduk besar serta panjang berhampiran talian elektrik yang dikhuatiri terputus atau tersentuh dengan talian elektrik semasa angin kuat atau ribut, menggunakan kren dan kren pengangkat berhampiran pepasangan elektrik, memasang khemah atau membuka pusat gerakan di bawah talian elektrik serta menceroboh dan memasuki kawasan pencawang elektrik.
Suruhanjaya itu memaklumkan sebagai peringatan tambahan, mana-mana pekerja atau individu membawa objek seperti tiang atau galah berhampiran dengan talian atas voltan tinggi (33 kilovolt - 132 kilovolt) boleh menyebabkan percikan arka atau letupan, walaupun talian tidak bersentuhan dengan objek tersebut.
"Ini kerana, voltan yang tinggi boleh melintasi udara dalam jarak yang dekat," menurut kenyataan itu.
Individu menjalankan apa-apa aktiviti berhampiran pepasangan elektrik tanpa kebenaran sah daripada pihak pemegang lesen atau utiliti adalah menyalahi peruntukan Seksyen 37(12) Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
ST dalam pada itu menasihatkan orang ramai atau mana-mana pihak yang menjalankan aktiviti berkempen agar mengutamakan keselamatan dan berhati-hati akan bahaya elektrik.
Pihak terlibat dalam kerja-kerja pemasangan bahan kempen pilihan raya perlu peka berkenaan bahaya elektrik apabila menjalankan aktiviti berhampiran pepasangan elektrik yang boleh menyebabkan renjatan elektrik atau percikan arka, menurut kenyataan itu.
Sebarang kemusykilan atau aduan boleh hubungi ST melalui talian 03-8870 8800 atau e-mel ke eaduan@st.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023
![PRN: Suruhanjaya Tenaga nasihat elak aktiviti berbahaya semasa berkempen PRN: Suruhanjaya Tenaga nasihat elak aktiviti berbahaya semasa berkempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/81458122582_SuruhanjayaTenaga.jpg)
Peringatan itu diberikan ekoran pernah berlaku satu kejadian kemalangan elektrik pada 2018 yang melibatkan kecederaan empat mangsa akibat renjatan elektrik. - Suruhanjaya Tenaga
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Aidilfitri: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan elektrik dan gas - ST Aidilfitri: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan elektrik dan gas - ST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712617162_KitchenGas.jpg)
Aidilfitri: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan elektrik dan gas - ST
Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
![Suruhanjaya Tenaga, SME Corp Malaysia meterai MoU untuk bangunkan PMKS Suruhanjaya Tenaga, SME Corp Malaysia meterai MoU untuk bangunkan PMKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711585716_SMECorpSuruhanjaya.jpg)
Suruhanjaya Tenaga, SME Corp Malaysia meterai MoU untuk bangunkan PMKS
MoU bertujuan untuk memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama terutamanya dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk PMKS.
![MyPower Corp kaji pembaharuan tarif elektrik - Fadillah MyPower Corp kaji pembaharuan tarif elektrik - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693833810_FadillahYusof.jpg)
MyPower Corp kaji pembaharuan tarif elektrik - Fadillah
MyPower Corp sedang mengkaji untuk melakukan pembaharuan struktur tarif elektrik.
![Syarikat kendali EVCS terbakar di Johor beroperasi tanpa lesen - ST Syarikat kendali EVCS terbakar di Johor beroperasi tanpa lesen - ST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704945692_SuruhanjayaTenaga.jpg)
Syarikat kendali EVCS terbakar di Johor beroperasi tanpa lesen - ST
Syarikat yang mengendalikan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) di Johor yang terbakar 31 Dis lepas didapati beroperasi tanpa lesen.
![Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi di Sabah beroperasi semula Mac ini Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi di Sabah beroperasi semula Mac ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704098659_TBHidroTenom.jpg)
Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi di Sabah beroperasi semula Mac ini
SJHTP milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dijangka beroperasi semula pada Mac ini setelah turbin penjana Unit 3 yang berkapasiti 22MW dapat dipulihkan sepenuhnya.
![Tarif elektrik: 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas Tarif elektrik: 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703597217_KulimHiTechPark.jpg)
Tarif elektrik: 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas
Sejumlah 5,159 atau 99 peratus pengguna domestik di KHTP tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik dan akan menerima subsidi daripada kerajaan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2024.
![Pelarasan tarif elektrik: 85 peratus pengguna tidak terjejas - Suruhanjaya Tenaga Pelarasan tarif elektrik: 85 peratus pengguna tidak terjejas - Suruhanjaya Tenaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/81458122582_SuruhanjayaTenaga.jpg)
Pelarasan tarif elektrik: 85 peratus pengguna tidak terjejas - Suruhanjaya Tenaga
Suruhanjaya Tenaga dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, sejumlah 99 peratus atau 8.2 juta pengguna domestik masih menerima subsidi daripada kerajaan.
![Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61674657662_BanjirJohorMenin.jpg)
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga ingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta utamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir.
![32 kes kemalangan elektrik, termasuk 16 kematian, direkod tahun ini setakat 30 Sept - ST 32 kes kemalangan elektrik, termasuk 16 kematian, direkod tahun ini setakat 30 Sept - ST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/81569917994_TBGENERICELECTRIK.jpg)
32 kes kemalangan elektrik, termasuk 16 kematian, direkod tahun ini setakat 30 Sept - ST
Daripada 32 kes kemalangan elektrik direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun ini setakat 30 Sept lepas, 16 daripadanya membabitkan kehilangan nyawa.
![Belanjawan 2024: Pengeluar sarung tangan gesa semakan semula GSA, mansuh ses Belanjawan 2024: Pengeluar sarung tangan gesa semakan semula GSA, mansuh ses](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683723195_TBCOVIDTOPGLOVE.jpg)
Belanjawan 2024: Pengeluar sarung tangan gesa semakan semula GSA, mansuh ses
Industri menggesa Suruhanjaya Tenaga untuk mempertimbangkan menyemak semula GSA dengan mengguna pakai mekanisme penetapan harga bayar mengikut penggunaan yang lebih adil.