JASIN: Suruhanjaya Tenaga (ST) merekodkan 32 kes kemalangan elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun ini setakat 30 Sept lepas dengan 16 daripadanya membabitkan kehilangan nyawa.
Timbalan Pengarah Kanan Unit Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan ST, Fairus Abd Manaf berkata, lokasi kemalangan antaranya di rumah dan kilang termasuk satu kes maut di Melaka yang berpunca daripada renjatan elektrik.
"Justeru ST terus komited untuk mempergiat kesedaran kepada setiap lapisan masyarakat bahawa keselamatan elektrik sangat penting dengan memastikan pendawaian di rumah adalah selamat dan mematuhi keperluan teknikal mengikut standard ditetapkan.
"Kita juga menasihati masyarakat supaya sentiasa cakna dengan bahaya bagi mengelakkan sebarang risiko tidak diingini seperti segera menukar atau menyelenggara pendawaian di rumah terutama yang berusia 30 tahun ke atas dan telah usang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama semasa menghadiri Program Tanggungjawab Sosial Korporat CSR) Touch Point Tambah Baik Sistem Pendawaian Kediaman dan Balai Raya di Kampung Bukit Senggeh, Selandar, di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Fairus berkata, pengguna diingatkan supaya sentiasa peka dengan aspek keselamatan elektrik antaranya membeli kelengkapan elektrik yang diluluskan dengan label ST-SIRIM dan melaksanakan kerja pendawaian di rumah menggunakan khidmat kontraktor berdaftar.
"Pengguna juga dinasihat agar tidak sesekali mengubah suai kelengkapan elektrik yang rosak, elak daripada menggunakan kelengkapan elektik dalam keadaan basah, tidak menghampiri talian atas elektrik semasa memotong dahan pokok dan menggunakan galah besi untuk mengait buah-buahan berhampiran talian elektrik," katanya.
Beliau berkata, ST turut memperuntuk kira-kira RM270,000 melaksanakan Program Touch Point CSR di seluruh negara tahun ini dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai keselamatan elektrik.
Fairus berkata ia melibatkan pemeriksaan dan penambahbaikan sistem pendawaian elektrik di kediaman terpilih berdasarkan beberapa kriteria terutama penerima yang tidak berkemampuan.
"Antaranya rumah tersebut terdapat kecacatan atau kejanggalan pada sistem pendawaian sedia ada dan keadaan kelengkapan elektrik yang telah usang dan berisiko tinggi," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023

Suruhanjaya Tenaga (ST) merekodkan 32 kes kemalangan elektrik di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun ini setakat 30 Sept lepas dengan 16 daripadanya membabitkan kehilangan nyawa. - Gambar hiasan
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

32 kes kemalangan elektrik, termasuk 16 kematian, direkod tahun ini setakat 30 Sept - ST
Daripada 32 kes kemalangan elektrik direkodkan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun ini setakat 30 Sept lepas, 16 daripadanya membabitkan kehilangan nyawa.