SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menjangka proses pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dapat diselesaikan dalam 80 hingga 90 peratus menjelang akhir bulan ini, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata perbincangan bersama BN sedang berlangsung dan pihaknya masih memerlukan masa bagi melaporkan dan membentangkannya kepada PH Pusat untuk membuat keputusan.
"Perbincangan bagi pembahagian kerusi ini memang akan berterusan sehingga ke hari penamaan calon, tetapi kita ada tetapkan tempoh untuk pastikan 80 hingga 90 peratus diselesaikan menjelang akhir April.
"Mudah-mudahan akan tercapai, tapi kalau tak capai pun kita akan teruskan perbincangan kerana yang pentingnya adalah strategi kita (untuk menghadapi PRN)," katanya kepada media selepas menghadiri majlis penyerahan Insentif Khas Aidilfitri #KitaSelangor kepada Penggerak Masjid dan Guru Rakyat Selangor, di sini hari ini.
Menurutnya BN yang kini sebahagian kerajaan perpaduan di negeri itu sudah mula bergerak bersama-sama PH sebagai satu pasukan terutamanya dalam persiapan bagi Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung pada 14 Mei ini.
Komposisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor terdiri daripada PKR (19), DAP (15), Amanah (enam), manakala BN mempunyai lima kerusi selain Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia serta Pejuang masing-masing dua manakala PAS, Warisan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
--BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023
Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata perbincangan bersama BN sedang berlangsung dan pihaknya masih memerlukan masa bagi melaporkan dan membentangkannya kepada PH Pusat untuk membuat keputusan. - Fail/BERNAMA
Polis rakam kenyataan waris kanak-kanak 12 tahun pandu kereta bawa adik bersiar
Polis berjaya mengesan waris kepada adik-beradik itu dan bapa mereka telah tampil ke balai polis untuk dirakamkan percakapan.
Akok durian pesara tentera laku keras
Dia mula membuka gerai pada pukul 7 pagi dan berjaya menjual semua kuih itu, yang menggunakan 100 ulas durian premium, dalam tempoh empat jam.
Rakyat Venezuela di Madrid bantah keputusan pilihan raya
Rakyat Venezuela di Madrid berhimpun memprotes selepas pihak berkuasa pilihan raya Venezuela mengumumkan kemenangan penggal ketiga Presiden Nicolas Maduro dengan undian 51 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 Julai 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Umat Islam perlu bersatu ketika konflik, jurang ekonomi global semakin meningkat - Sultan Nazrin
- Libat urus antara umat Islam dan agama lain penting elak Islamofobia - Anwar
- Program tajaan syarikat minuman keras tidak babitkan pelajar - Loke
#AWANInews #AWANIpagi
- Umat Islam perlu bersatu ketika konflik, jurang ekonomi global semakin meningkat - Sultan Nazrin
- Libat urus antara umat Islam dan agama lain penting elak Islamofobia - Anwar
- Program tajaan syarikat minuman keras tidak babitkan pelajar - Loke
#AWANInews #AWANIpagi
Pindaan Akta Perubatan 1971 tidak jejas peranan MQA - Dzulkefly
MQA akan terus menjadi badan akreditasi kepada program sarjana perubatan yang menilai permohonan daripada universiti.
Pindaan Akta Perubatan tingkat tadbir urus latihan, pendaftaran pakar - KP Kesihatan
Pindaan ini juga mencerminkan kepercayaan kerajaan terhadap MMC sebagai badan kawal selia, kata Ketua Pengarah Kesihatan.
Datuk Bandar Paris ingin kekalkan gegelung Olimpik di Menara Eiffel
Gegelung Olimpik yang dipasang di Menara Eiffel perlu dikekalkan di bandar itu kata Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo.
Pejalan kaki mangsa langgar lari meninggal dunia
Polis menerima makluman daripada pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun mengenai kematian wanita berusia 64 tahun itu petang semalam.
Olimpik Paris 2024: Aaron-Wooi Yik akur tewas kepada Wei Keng-Wang Chang
"Kami menikmati perlawanan tanpa tekanan dan menganggap ini sebagai perlawanan latihan kerana kami masih mempunyai beberapa perlawanan lagi."
Amal by Malaysia Airlines sasar bawa lebih ramai jemaah haji, umrah
Amal by Malaysia Airlines telah menerbangkan sejumlah 1.17 juta jemaah haji dan umrah sejak syarikat itu diperkenalkan pada 2019 di mana bagi tempoh Januari sehingga April 2024, secara puratanya Amal by Malaysia Airlines telah membawa seramai 20,000 jemaah umrah setiap bulan dengan operasi lebih kurang tiga penerbangan sehari untuk ke Jeddah dan Madinah.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.