SIMUNJAN: Tiada kata dapat diungkap melainkan rasa bangga kerana menjadi satu-satunya pengundi awal bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong.
Menurut Lans Koperal Kelana Ponibot, 56 tahun, beliau memegang status sebagai pengundi tunggal di kawasan itu sejak tiga penggal lalu lagi.
Kata bapa kepada empat cahaya mata itu, setiap kali tiba pilihan raya, perasaannya berkobar-kobar untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi.
“Sebelum ini, memang saya mengundi di Simunjan, iaitu sebelum N.26 dipisahkan daripada Simunjan.
“Saya berasa bangga kerana dapat melaksanakan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia, mengundi untuk pemimpin masa akan datang.
"Pesan saya kepada rakyat Malaysia, jangan takut untuk mengundi,” katanya ketika ditemuI Astro AWANI, di sini hari ini.
Terdahulu, Kelana selesai membuang undi di Pusat Pengundian Ibu Pejabat Daerah (IPD) Simunjan kira-kira pukul 10 pagi.
Seramai 112 pengundi awal melibatkan DUN Simunjan (111 pengundi) dan DUN Gedong (satu) akan mengundi awal di pusat pengundian tersebut.
Bercerita lanjut, Kelana yang sudah berkhidmat selama 36 tahun sebagai anggota polis berkata, ramai yang akan menantikan ketibaannya di pusat pengundian setiap kali hari pengundian awal.
Situasi itu membuatkan Kelana berasa kagum dengan dedikasi yang ditunjukkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terlibat, walaupun terpaksa menguruskan seorang pengundi sahaja.
“Saya merasa bangga dengan petugas-petugas yang berdedikasi menantikan kehadiran saya.
“Mereka akan tertanya-tanya, macam mana rupa Kelana sebagai pengundi tunggal,” ujarnya.
Jelas Kelana, pertama kali beliau menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi adalah pada 1986 ketika berkhidmat di Sabah.
Selepas dipindahkan ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak, Kelana mengundi di DUN Satok selama 16 tahun.
“Waktu itu, penyandang kerusi DUN Satok ialah Ketua Menteri Sarawak sekarang ini. Dan tahun 2006, saya mula bertugas di bawah pentadbiran IPD Simunjan,” katanya.
Pada PRN Sarawak kali ke-12 ini, DUN Gedong bakal menyaksikan saingan empat penjuru.
Ia melibatkan Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Openg, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Tomson Ango, calon Parti Amanah Negara (Amanah) Kamal Bujang dan calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Mohamad Sofian Fariz Sharbin.
Hasimi Muhamad
Tue Dec 14 2021

Kelana ditemui selepas selesai membuang undi di Pusat Pengundian Ibu Pejabat Daerah (IPD) Simunjan pagi ini. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PRN Sarawak: Tiga penggal jadi pengundi tunggal DUN Gedong
Lans Koperal Kelana Ponibot memegang status sebagai pengundi tunggal di kawasan itu sejak tiga penggal lalu.