KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berdepan masalah dalam soal pembahagian kerusi yang akan ditandingi parti komponennya pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana komponen dalam GPS mempunyai semangat kesatuan yang kuat bagi memastikan gabungan itu terus mencapai kemenangan.
“Mereka (parti komponen) yang ada dalam GPS adalah mesra parti, dan kelak ia akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi mengenai calon yang akan bertanding kelak.
“Sudah tentu empat parti dalam GPS akan berbincang mengenainya bagi menentukan calon dan apa yang penting, calon yang boleh menang," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan mengenai bagaimana pembahagian kerusi melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili calon langsung Barisan Nasional (BN) pada 2016 yang kini telah menyertai PBB.
Antaranya penyandang yang bertanding atas tiket calon langsung dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) Sarawak termasuk Datuk Dr Jerip Susil (Mambong), Datuk Rosey Yunus (Bekenu) dan Tan Sri William Mawan Ikom (Pakan).
Pada ketika itu, krisis politik melanda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang menjurus kepada penubuhan Parti Tenaga Kerja Sarawak (TERAS) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) atau kini lebih dikenali sebagai Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Meskipun belum menyertai BN pada ketika itu, UPP dan TERAS menyatakan pendirian yang mesra-BN, tetapi SUPP dan SPDP (kini PDP) menegaskan kerusi itu adalah hak mereka.
Bagaimanapun krisis itu berjaya diselesaikan oleh bekas ketua menteri yang juga pengerusi BN Sarawak, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang memutuskan calon bertanding atas tiket calon langsung BN.
Keputusan PRN11 Sarawak menyaksikan kesemua kerusi bagi calon langsung BN menang di 12 daripada 13 DUN kecuali Pujut (DAP).
Selain itu, GPS disertai PBB, SUPP, PDP dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).
Munirah Mudzamli
Mon Nov 15 2021
GPS tidak berdepan masalah dalam soal pembahagian kerusi yang akan ditandingi parti komponennya pada PRN12 nanti.
UniMAP rangka Pelan Strategik 2026-2030, sasar penghasilan 37,500 bakat
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedang merangka Pelan Strategik UniMAP 2026-2030 yang antara lain menyasarkan melahirkan seramai 37,500 bakat menjelang 2030.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Pegawai kadet UPNM didakwa cederakan junior guna seterika wap panas
Seorang pegawai kadet UPNM mengaku tidak bersalahatas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan penurunan kadar Fed
Ringgit dibuka pada 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Niaga SPOTLIGHT: GLC, GLIC Investments - Transparency and Accountability
Malaysia’s GLICs hold combined AUM valued at over RM1.8 trillion, roughly the size of Malaysia’s nominal GDP
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California
Lebih 25 juta orang kini berada di bawah amaran 'Red Flag' kerana keadaan kebakaran yang "melampau dan mengancam nyawa."
Bursa Malaysia rendah sedikit dalam dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 mata kepada 1,622.82 daripada 1,623.28 pada Khamis.
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
PRN Sarawak: Tiada isu pembahagian kerusi calon GPS
Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berdepan masalah dalam soal pembahagian kerusi yang akan ditandingi parti komponennya pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).