BAU: 'Perang saudara' bakal meletus dalam perebutan kerusi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar apabila penyandangnya Datuk Ranum Mina daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) berentap dengan anak saudara sendiri iaitu Billy Sujang, yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12.
Kawasan itu, yang majoriti masyarakatnya adalah Bidayuh, menyaksikan pertarungan enam penjuru dalam pilihan raya kali ini berbanding empat pada PRN 2016.
Ranum, 70, berkata beliau tidak boleh berada di zon 'selesa' ketika berdepan lawan yang majoritinya calon muka baharu meskipun sudah menambat hati pengundi DUN Opar sejak 2006.
"Saya akui (PRN) kali ini mencabar. Saya tak boleh kata saya begitu selesa. Saya kata pada orang dan mereka yang masih sokong saya, kita perlu kerja lebih kuat lagi supaya kita dapat atasi lawan kita.
"PSB bertanding 70 kerusi kerana matlamat kita untuk ambil alih kerajaan. Kita nak hapuskan amalan pilih kasih kerana sekarang ini rasa seperti dianaktirikan (oleh kerajaan negeri). Selama ini pun, walaupun kita bersama kerajaan tapi peruntukan bagi pembangunan (yang diberikan kepada wakil rakyat) tak sama rata," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Klik untuk dapatkan perkembangan terkini sepanjang kempen PRN Sarawak 2021
Pada 2016, Ranum bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dan merupakan penyandang bagi kerusi DUN Opar selama empat penggal.
Berdasarkan pengalaman dua dekad sebagai wakil rakyat, beliau mengakui ada ketika sumber kewangan tahunan untuk projek pembinaan infrastruktur di kawasan itu tidak mencukupi namun ia tetap dikaksanakan pada tahun berikutnya.
Dalam saingan kali ini, Ranum berkata beliau menerima keputusan Billy walaupun calon GPS itu merupakan anak didiknya dalam gelanggang politik.
Tetap menghormati Ranum sebagai mentornya, Billy, 53, berharap kemenangan menyebelahi beliau bagi memastikan kerusi itu kekal menjadi milik parti kerajaan negeri.
Beliau berpendapat DUN Opar perlu dibangunkan dari segi infrastruktur selain mewujudkan pusat ekonomi di kawasan itu kerana kebanyakan penduduknya terlibat dalam aktiviti pertanian dan mengusahakan tanaman seperti kelapa sawit, lada hitam, nanas, durian serta manggis.
"Jadi, kalau tak ada pusat untuk rancakkan ekonomi (di sini) memang agak payah. Yang kita ada hanyalah pekan tapi itu di bawah N03 (Tanjong Datu) iaitu Pekan Lundu. Jadi, kita perlukan pusat sendiri.
"Kita ada banyak buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Dengan adanya pusat pentadbiran baharu, kita boleh wujudkan pusat pengumpulan untuk buah-buahan itu bagi (membolehkan) kita menyimpan (produk) sementara menunggu ia dipasarkan," katanya.
Billy, yang merupakan antara 24 calon muka baharu GPS, berkata kerjasama parti komponen penting bagi memastikan DUN Opar menjadi milik gabungan itu.
DUN Opar mempunyai sejumlah 11,436 pemilih berdaftar dengan 45.23 peratus atau 5,173 orang terdiri daripada mereka yang berumur lingkungan 30 hingga 49 tahun.
Turut bertanding bagi merebut kerusi itu ialah Mereng Biris (PKR), Saini Kakong (PBDSB), Bayang Telon (SEDAR) dan Freedy Misid (PBK).
Pada PRN Sarawak ke-11, Ranum menang dengan majoriti 2,082 undi menewaskan tiga pencabarnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Billy Sujang bertemu penduduk setempat ketika berkempen secara bersemuka di Kampung Stenggang kira-kira 30 kilometer dari pekan Bau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12. - Foto BERNAMA
[TERKINI] Warga Gaza mula pulang ke kediaman melalui koridor Netzarim
Warga Gaza berpusu-pusu kembali ke kediaman masing-masing menerusi Koridor Netzarim susulan perjanjian gencatan senjata.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
AWANI Ringkas: Reformasi dalam UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
Pantau Belanjawan: Undang-undang lapuk dalam menghadapi cabaran global
Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria untuk membincangkan bagaimana sistem perundangan Malaysia bukan sahaja relevan tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, sekaligus melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh kedudukan negara di pentas global.
2,765 anggota polis Filipina bermasalah diambil tindakan pada 2024
Menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil,daripada jumlah itu, seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Lebih 1000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 imigran, termasuk beberapa orang warga Venezuela berjalan kaki dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.