KUALA LUMPUR: Ramai dalam kalangan penganalisis politik berpandangan bahawa walaupun Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) 'sesak' dengan penyertaan calon dari pelbagai parti dan calon bebas, namun pertandingan sebenar adalah antara parti kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di satu pihak dan DAP serta Parti Sarawak Bersatu (PSB) di satu pihak lagi.
Pilihan Raya pada 18 Dis ini menarik jumlah penyertaan calon terbesar dalam sejarah, apabila 349 calon daripada parti-parti dalam GPS, sembilan pakatan pembangkang, serta calon-calon bebas hadir di pusat penamaan calon (PPC) yang disediakan antara pukul 9 dan 10 pagi semalam bagi menawarkan diri untuk bertanding.
GPS akan dicabar di semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandinginya buat kali pertama sebagai gabungan parti tempatan sepenuhnya, selepas ia bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 2018.
Pemerhati politik Dr Jeniri Amir dan Dr Lee Kuok Tiung, kedua-duanya anak Sarawak, senada jelas tidak terperanjat dengan jumlah calon yang besar itu.
"Kali ini memang ' sesak', namun pertarungan sebenar adalah DAP dan PSB menentang GPS. Parti-parti atau calon bebas pula akan menghadapi cabaran yang sengit. Soalnya berapa banyak kerusi yang boleh dimiliki pembangkang, bukan mudah untuk menewarkan GPS, yang pastinya akan menang dalam PRN ini," kata bekas pensyarah Universiti Malaysia Sarawak yang kini merupakan Felo Kanan Majlis Profesor Negara.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: SPR terima 349 kertas pencalonan, 10 parti bertanding
Dr Lee dari Universiti Malaysia Sabah pula merumuskan keseluruhan situasi bagaikan pertembungan tiga penjuru, dengan mengatakan bahawa DAP dan PSB adalah parti politik yang boleh menampilkan 'pertarungan sengit' dalam menghadapi GPS, berbanding parti-parti lain.
Komponen parti GPS yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP); merupakan watak penting yang berjaya menawan 72 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan pada PRN 2016, yang menyaksikan DAP memenangi tujuh daripada 31 kerusi yang ditandinginya.
Dr Jeniri berkata di atas kertas, PSB mungkin menyertai pilihan raya bagi kali pertama, namun parti itu diterajui oleh ahli politik veteran Datuk Seri Wong Soon Koh yang juga bekas anggota kabinet kerajaan negeri - jadi beliau bukanlah 'baharu' dalam erti kata yang sebenar.
"PSB memiliki calon yang mantap, ahli politik yang berpengalaman dan cukup biasa dengan persekitaran semasa di kawasan pertandingan. Ada antara anggota mereka merupakan bekas menteri, profesional, dan mereka juga ada Baru Bian," katanya, dengan merujuk kepada bekas ketua PKR yang akan mempertahankan Ba'kelalan atas tiket PSB kali ini dalam saingan lima penjuru.
Dr Lee bersetuju bahawa Baru memiliki peluang yang baik untuk mememangi kerusi DUN itu atas tiket PSB kerana beliau mempunyai ramai penyokong tegar yang masih setia kepadanya.
PSB menampilkan 70 calon dalam usaha merealisasikan hasrat menggantikan kerajaan GPS dan peluang terbaiknya dilihat di kawasan majoriti kaum Cina dan gabungan Cina-Dayak.
DAP menampilkan 26 calon, dan dominasinya kekal dalam kawasan bandar dengan majoriti kaum Cina. Parti itu berhasrat untuk menafikan GPS daripada membolot majoriti dua pertiga.
Dr Lee berkata populariti DAP dilihat semakin menurun selepas pilihan raya umum lepas, dan ini dapat dilihat menerusi respons ramai kepada parti ini terhadap 'janji yang tidak ditepati'.
"DAP juga berhadapan dengan 'lawan yang kuat' kali ini. Lihat sahaja di kawasan DUN Padungan yang menyaksikan 'lawan' Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen adalah adalah Datuk Bandar Kuching Selatan," katanya merujuk kepada langkah Chong yang beralih daripada DUN Kota Sentosa untuk bertanding di hub perniagaan di Padungan.
Kedua-dua penganalisis itu pesimis terhadap keupayaan PKR yang akan bertanding di 28 kerusi DUN, jumlah yang kurang dengan ketara berbanding 40 kerusi DUN yang ditandinginya pada pilihan raya negeri lepas, dan berjaya memenangi tiga kerusi DUN.
Sejak itu Baru dan ADUN Batu Lintang See Chee How bertindak meninggalkan PKR untuk menyertai PSB dan pemenang kerusi DUN Krian Datuk Ali Biju menyertai Bersatu.
Bagaimanapun Ali Biju pada Isnin memutuskan untuk mempertahankan kerusi DUN Krian sebagai calon bebas.
"Saya rasa dari segi kekuatan, PSB lebih kuat berbanding PKR pada tahun 2016," kata Dr Jeniri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Ramai dalam kalangan penganalisis politik berpandangan bahawa walaupun PRN12 Sarawak 'sesak' dengan penyertaan calon dari pelbagai parti dan calon bebas. - Foto fail
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.