GEDONG: Mengimbangi pembangunan di kawasan bandar dan luar bandar bakal menjadi fokus dalam manifesto Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dijadual diumumkan pada 8 Disember (esok).
Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perancangan untuk merealisasikan perkara itu telah dibuat oleh GPS termasuk memperuntukan 70 peratus daripada Bajet Sarawak bagi tujuan pembangunan.
Daripada jumlah peruntukan pembangunan, 80 peratus, kata beliau, diberikan kepada kawasan luar bandar yang memerlukan penyediaan infrastruktur asas.
"Kosnya (pembangunan luar bandar) begitu tinggi kerana keluasan keadaan Sarawak. Jadi, dalam perancangan, kita membangunkan jalan pesisir di mana ia akan membuka kawasan-kawasan baharu.
"(Jalan pesisir ini) juga kita akan sambung dengan jalan-jalan alternatif umpamanya di Gedong, kita akan bangunkan jalan yang menuju ke Kota Samarahan dan juga melepasi Simunjan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI.
Abang Johari, yang juga Ketua Menteri Sarawak berpindah dari Dewan Undangan Satok (DUN) Satok yang dipertahankan selama 40 tahun berturut-turut ke DUN Gedong yang merupakan kerusi luar bandar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.
Beliau akan berdepan saingan daripada calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango; Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang dan Mohamad Sofian Fariz Sharbin daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Kerusi DUN Gedong dimenangi oleh Datuk Mohd Naroden Majais pada PRN11.
Mohd Naroden yang juga bekas Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri Terminal dan Pembangunan Usahawan negeri memberi laluan kepada Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu bagi membolehkan pembangunan di kawasan luar bandar dipercepatkan.
Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kerajaan di bawah pimpinan GPS sedang membina jalan baharu yang menghubungkan Gedong ke Kota Samarahan.
"Bermakna, kawasan ini lebih terbuka dan kita akan dapat membangunkan banyak soioekonomi di kawasan-kawasan tersebut," ujar beliau.
Jalan Lubok Terenggas ke Gedong sepanjang 6.85 kilometer yang dijangka siap pada Januari 2024 akan memendekkan masa perjalanan dari Kota Samarahan ke Gedong kepada kira-kira 50 minit, berbanding 1 jam 30 minit menggunakan Lebuh Raya Pan Borneo sekarang.
DUN Gedong mempunyai sejumlah 7,208 pengundi terdiri daripada 3,508 lelaki serta 3,700 wanita.
Hasimi Muhamad
Tue Dec 07 2021

Abang Johari akan bertanding di DUN Gedong pada PRN12 Sarawak. - Gambar BERNAMA

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

ACLE: JDT tidak bernasib baik - TMJ
Usai tamat cabaran JDT, Tunku Ismail, meluahkan pencapaian yang cukup membangga ini menerusi laman X.

Pemimpin politik bertindak sebagai jambatan perpaduan, bukan cetus api - Sultan Pahang
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R).

Seluruh England: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tersingkir awal
Zii Jia tumpas di tangan pemain bukan pilihan dari Hong Kong Angus Ng Ka Long awal pagi tadi.

Israel bunuh empat rakyat Palestin di Gaza
Dakwa tentera Israel, serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.
![[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan [KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/41741733462_KakitanganPlazaTol.jpg)
[KOLUMNIS] Bayar guna kad bank, transformasi kutipan tol kurangkan kesesakan
Setakat Mei tahun lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan SPT.
Serangan Pemisah: Militan serang kereta api di Pakistan, tawan 35 penumpang
Militan pemisah menyerang sebuah kereta api di barat daya Pakistan dan menawan 35 penumpang sebagai tebusan.

Kumpulan militan serang kereta api di Pakistan, tawan 35 penumpang
104 penumpang telah diselamatkan, 17 yang cedera dibawa ke hospital, manakala 16 militan berjaya dibunuh.
Konflik di Gaza: Israel bunuh 4 rakyat Palestin di Gaza
Empat rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Selasa. Serangan ini berlaku ketika para perantara Arab dan Amerika Syarikat berusaha menyelesaikan perbezaan antara Hamas dan Israel mengenai perjanjian gencatan senjata yang dimeterai sejak 19 Januari lalu. Tentera Israel menyatakan bahawa serangan udara itu menyasarkan "pengganas yang terlibat dalam aktiviti mencurigakan" di tengah Gaza.
Rusia-Ukraine: Trump sedia bincang dengan Putin, mahu gencatan senjata dimuktamad
Presiden Donald Trump mengumumkan bahawa pasukannya dan pegawai Ukraine telah mencapai persetujuan mengenai gencatan senjata selama 30 hari antara Moscow dan Kyiv. Trump berharap Presiden Rusia, Vladimir Putin, akan bersetuju dengan cadangan ini.

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

PRN Sarawak: Hanya 81 kerusi diketahui, keputusan DUN Mulu ada dua peti undi terkandas
Ia ekoran dua peti undi tidak dapat dihantar ke pusat penjumlahan rasmi undi DUN tersebut atas faktor keselamatan.

Ini kemenangan rakyat Sarawak, GPS komited penuhi manifesto - Abang Jo
Rakyat telah memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi GPS meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang itu.

PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.

PRN Sarawak: Abang Jo menang selesa di DUN Gedong
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menang di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong dengan majoriti 3,607 undi.

PRN Sarawak: Julaihi Narawi tiada masalah hadiahkan kerusi pertama untuk GPS
Naib Presiden Sayap Bumiputra PBB itu berjaya memperolehi 79.3 peratus atau 4,937 undi, dalam pertandingan tiga penjuru di DUN Sebuyau.

PRN Sarawak: GPS selesa mendahului kiraan awal
Setakat 6 petang, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS selesa mendahului sebahagian besar daripada keseluruhan 82 kerusi DUN.

PRN Sarawak: Keputusan malam ini bakal tunjukkan kemampuan Abang Johari - Penganalisis
Gelanggang buat Tan Sri Abang Johari tunjukkan bahawa beliau mampu mentadbir dan perolehi mandat Negeri Sarawak.

Sektor pembuatan tumpuan utama Sarawak menuju negeri maju 2030 - Awang Tengah
Seiring itu pembangunan sektor-sektor lain yang menjadi nadi ekonomi Sarawak akan turut diteruskan.