KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka berdepan tentangan sengit di beberapa kawasan bandar dan luar bandar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Menurut Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Jeneri Amir, ia susulan terdapat kebangkitan dan kesedaran dalam kalangan masyarakat dengan ideologi politik baharu yang dibawa parti-parti politik lain di negeri itu.
"Dalam konteks perkembangan politik Sarawak dan nasional, kita lihat timbul kebangkitan, kesedaran dan keinginan (masyarakat) membabitkan diri dalam politik, bukan sahaja Bumiputera Sarawak tapi masyarakat Cina.
"Mereka gunakan pelbagai ideologi politik, agenda, isu dan masalah untuk memberi desakan kepada GPS sekurang-kurangnya memberi perhatian selepas 58 tahun Sarawak Merdeka.
"Sesetengah tempat akan berikan tentangan sengit kepada GPS. Seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, tidak mungkin parti politik itu berikan tentangan hebat kepada GPS ketika itu di bawah Barisan Nasional (BN), malah rekod sejarah Pilihan Raya berdasarkan peratusan mengundi terhadap parti politik lain seperti 2016 tidak punya prestasi yang baik," jelasnya.
Namun Jeneri berkata PRN Sarawak kali ini dijangka lebih menarik dengan adanya parti-parti politik lain yang memberikan saingan kepada GPS.
"Pas hanya mendapat lebih kurang 1.71 peratus undi, Amanah kurang 1 peratus undi, lain-lain parti kurang 0.5 peratus undi pada PRN lalu.
"Sejarah pilihan raya di negeri ini hanya beberapa parti politik akan berikan pertarungan yang dasyat itu. Hanya dua sahaja parti politik bakal beri cabaran hebat. Tidak boleh dipandang ringan oleh GPS iaitu DAP di kawasan bandar, PSB dan UPP akan berikan beberapa tentangan sengit di kawasan bandar dan luar bandar.
"Ini satu benda yang menarik di tengah kita dicengkam COVID-19," jelasnya ketika ditemubual Astro AWANI pada Isnin.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: SPR terima 349 kertas pencalonan, 10 parti bertanding
Kurang calon muka baharu
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai kurangnya calon muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini Jeneri berkata ia berkemungkinan disebabkan kurang ruang dan peluang diberikan kepada generasi muda oleh hampir kesemua parti yang bertanding.
"Ini masalah setiap parti apabila ketidaksediaan berundur untuk beri ruang pemimpin muda, tetapi beri kesan berpanjangan kepada parti itu.
"Akibatnya ialah ada barisan depan ini, terdiri daripada mereka lebih dari 65-70 tahun ke atas. Ruang itu besar kerana tidak cukup lapisan pengganti itu, jadi ruang dan peluang untuk menampilkan barisan 20,30,40an itu (kurang),' jelasnya.
Malah tradisi politik memberikan tempoh terlalu lama kepada penyandang sesebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu juga perlu dilihat semula.
Tambah Jeneri, ia bagi memberikan politik yang lebih segar dengan pemimpin baharu sekali gus dapat membuka ruang lebih banyak generasi muda lebih aktif dalam demokrasi di negara ini.
"Kita perhatakan berlaku penyandang mencengkam kerusi itu untuk sekian lama mungkin 1,2,3,4 penggal.
"Bagaimana mungkin kita dapat lihat satu lapisan baru yang berwibawa, bintang politiknya menyerlah yang dapat tandingi presiden parti dan sebagainya.
"Ini masalah dan cabaran mana-mana presiden parti untuk mereka beri ruang yang luas kepada barisan muda ini dan melatih mereka. Bakat pimpinan dalam politik bukan mudah untuk diasah, apatah lagi gelora dalaman politik. Hanya mereka mempunyai mental yang kuat, wawasan yang jauh dapat bertahan," jelasnya lagi.
Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang media memaklumkan telah menerima sejumlah 349 kertas pencalonan bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Ia melibatkan Gabungan Parti Sarawak (82 calon); Parti Bumi Kenyalang (73); Parti Sarawak Bersatu (70); Parti Keadilan Rakyat (28); DAP (26); ASPIRASI (15); Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (11); AMANAH (8); Parti Sedar (5); Pas (1) manakala 30 (Bebas).
Fareez Azman
Mon Dec 06 2021
Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan 82 calon yang akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam PRN Sarawak kali ini. - Gambar fail/BERNAMA
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
AWANI Tonight 18 Oct 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
It's About YOUTH: Rethinking the workplace for the younger generation
Celine Ting (@celinetingkl) from OpenAcademy and Anas Hayyan (@anashayyan) from Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) discuss strategies for retaining and developing today's workforce, with a focus on meeting Gen Z's expectations while boosting productivity. #ItsAboutYOUth
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.