KUCHING: Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengakui terkejut apabila dua kerusi tradisi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong dan Mambong diwakili oleh calon Parti Demokratik Progresif (PDP) dan bukannya calon parti itu.
Mengakui sedikit kecewa pada awalnya, Dr Sim yang juga Presiden SUPP akur dengan keputusan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berhubung pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).
Untuk rekod, bagi kerusi DUN Dudong GPS menamakan Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing dan calon di kerusi DUN Mambong pula diwakili Datuk Jerip Susil.
“Pada awalnya kita kecewa sedikit tetapi kita menerimanya. Ini semua demi kemenangan GPS, atas semangat setiakawan,” katanya pada sidang media di pusat khidmat SUPP Batu Kawah pada Sabtu.
BACA: PRN Sarawak: Tiong King Sing sah bertanding di DUN Dudong
Bagaimanapun, pihak kini mahu memberi tumpuan kepada 18 kerusi yang diperuntukkan kepada SUPP dalam usaha memenangi kesemua kerusi.
Untuk rekod pada PRN11, Barisan Nasional (BN) Sarawak meletakkan calon langsung di kerusi Dudong dan Mambong.
Namun pemenang kerusi Dudong pada 2016 itu, Datuk Tiong Thai King bagaimanapun kemudiannya menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang sebelum ini dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (UPP).
Bagi kerusi Mambong pula, penyandangnya Jerip menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas keluar dari PSB pada Oktober 2019.
Kata Dr Sim, setakat ini beliau mahu fokus kepada usaha mempertahankan kerusi di Batu Kawah yang bakal menyaksikan pertandingan lebih lima penjuru termasuk berdepan pencabar Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang mewakili DAP.
Shafik Ahmad
Sat Dec 04 2021
Kata Dr Sim, ini semua atas semangat setiakawan dan memastikan GPS menang pada PRN12 nanti. - Gambar fail
Isteri Bashar hilang hak masuk UK, kini dirawat di Moscow
Laporan media menyebut, Asma Assad, isteri bekas Presiden Syria, Bashar Al-Assad kini tidak lagi boleh kembali ke Britain selepas pasportnya tamat tempoh.
Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat
Mohamad Faithal berkata Sukan SEA di Kemboja wajar jadi pengajaran apabila kontinjen negara rekod sejarah hitam dengan pencapaian terburuk.
Pesawat Qatar jejak Damsyik buat pertama kali
Sebuah pesawat Qatar yang membawa bantuan kemanusiaan, termasuk ambulans, bekalan makanan, dan ubat-ubatan tiba di lapangan terbang antarbangsa Damsyik, Syria buat pertama kali pasca kejatuhan Assad pada Isnin.
Menteri Israel ugut bunuh pemimpin Houthi Yemen
Menteri Tenaga Israel, Eli Cohen, dilaporkan mengancam untuk membunuh pemimpin Houthi Yemen, Abdul-Malik al-Houthi dalam temu bual bersama stesen radio Israel.
Jumlah kanak-kanak Gaza maut akibat kesejukan meningkat
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa angka kematian akibat hipotermia di kalangan rakyat Palestin kini meningkat kepada tujuh orang disebabkan rakyat Palestin yang berlindung di khemah-khemah sementara, terutama di kawasan al-Mawasi menderita akibat cuaca sejuk melampau.
PGA rampas kosmetik Thailand bernilai lebih RM100,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam satu kenyataan pada Isnin berkata rampasan dilakukan di sebuah stor pangkalan haram Syed Mior, Pasir Mas oleh sepasukan anggota Batalion 7 PGA pada 10.30 pagi Ahad.
MFPC gesa pemegang polisi kekalkan perlindungan dalam keadaan pelarasan premium MHIT
Pemegang polisi perlu memanfaatkan sepenuhnya langkah itu dan mengutamakan pengekalan perlindungan insurans masing-masing.
Gelombang ketiga tidak teruk, penduduk tetap berjaga-jaga
Penduduk di Hulu Terengganu lega banjir gelombang ketiga yang bermula pada petang Ahad lalu tidak begitu teruk berbanding sebelumnya, tetapi mereka tetap berjaga-jaga kemungkinan buruk yang mungkin timbul pada gelombang seterusnya.
Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih
Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan.
Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan
Lebih 30 laporan polis diterima di Sabah terhadap aktivis tersebut melibatkan perbuatan menghasut.
PRN Sarawak: Dua kerusi SUPP diwakili calon PDP, Dr Sim akui terkejut namun akur
Bagi kerusi DUN Dudong GPS menamakan Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing dan calon di kerusi DUN Mambong pula diwakili Datuk Jerip Susil.