SEBUYAU: Parti Keadilan Rakyat disifatkan tidak mempunyai kredibiliti untuk membawa suara rakyat Sarawak, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Jelas beliau, PKR sudah sudah ditolak di Semenanjung serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan untuk apa rakyat Sarawak perlu memberi sokongan kepada parti itu.
"PKR sudah hilang kredibiliti... jadi untuk apa orang Sarawak mahu bagi sokongan kepada parti itu. Ia tidak akan membawa apa-apa sedangkan orang Semenanjung pun tolak mereka.
"Jadi kita parti yang ada dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) ini akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat serta negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rayuan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada rakyat Sarawak memberi peluang untuk memilih wakil daripada PKR pada PRN12.
Tambah Awang Tengah, GPS merupakan gabungan yang akan terus memastikan kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.
Hal ini kerana katanya, GPS lebih memahami keperluan seluruh lapisan masyarakat termasuk di luar bandar.
Selain itu, ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak mengenai tindakan Kerajaan Sarawak menyerahkan hak milik tanah NCR, Awang Tengah berkata, ia bukan dibuat untuk meraih undi.
"Kita lakukan perkara itu sudah lama... bukan bermusim. Kita bukan macam pihak lain yang mengusulkan sesuatu waktu pilihan raya sahaja sebaliknya kita lakukan setiap masa," katanya.
Assim Hassan
Sat Dec 11 2021
PKR sudah sudah ditolak di Semenanjung serta Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan untuk apa rakyat Sarawak perlu memberi sokongan kepada parti itu.
‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Cambodia bermula hari ini
Filem rompakan tempatan nombor satu Malaysia, The Experts terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini.
HRD Corp sudah tarik balik surat tuntutan kepada akhbar - Steven
Steven Sim menegaskan beliau tidak bersetuju dengan tindakan menyaman media kerana berpegang kepada kebebasan media.
Perundangan baharu diperkenal kawal selia BBP
Satu perundangan baharu akan diperkenalkan bertujuan mengawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) serta syarikat-syarikat di bawahnya.
PM jumpa keluarga Teoh Beng Hock minggu depan
Pertemuan itu adalah untuk meneliti memorandum tuntutan yang mahu disampaikan keluarga berkenaan kepada kerajaan dan menurutnya, jadual beliau pada minggu ini agak padat dan akan mengadakan pertemuan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Insiden tanah runtuh di Mimika ragut tujuh nyawa
Abdul Muhari berkata bahawa agensi pengurusan bencana Mimika melaporkan terdapat 17 lokasi tanah runtuh di kawasan Tembagapura.
HRD Corp tarik semula surat tuntutan terhadap The Edge - Sim
HRD Corp menarik semula surat tuntutan yang diserahkan kepada The Edge berhubung pemberitaan mengenai laporan PAC membabitkan agensi tersebut.
Khaled Nordin sedia beri kerjasama jika dipanggil PAC berhubung LTAT
Menteri Pertahanan bersedia memberikan kerjasama sekiranya dipanggil PAC bagi prosiding LTAT yang akan datang.
Ikuti siaran langsung istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai YDPA ke-17
Tanggal 20 Julai 2024 bakal terlakar dalam lipatan sejarah Malaysia dengan pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam istiadat gilang-gemilang di Istana Negara. Ikuti siaran langsung istiadat bersejarah ini di saluran 501, Live TV dan platform media sosial Astro AWANI.
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Asah kapak tajam beliung,
Tebang mari kayu berduri,
Tuanku umpama kemuncak payung,
Patik di bawah berteduh diri." - DBP
#AgongKita
"Kenapa sebut nama Arau, Arau tak perlukan mereka..," - YB Arau
YB Arau kemuka 'point of order' berikutan ada yang menyebut namanya.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
Saya baca tadi dalam Bahasa Melayu bukan Bahasa Arab - Dr Dzulkefly
"Saya sangat terkilan setelah berhempas pulas saya memberikan faham kepada Arau, rupa-rupanya tak faham," kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
PRN Sarawak: Di Semenanjung pun ditolak, untuk apa orang Sarawak sokong PKR - Awang Tengah
Parti Keadilan Rakyat disifatkan tidak mempunyai kredibiliti untuk membawa suara rakyat Sarawak.