SIBU: Personaliti YouTube yang juga calon bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.52 Dudong Fadhil Mohd Isa mendedahkan dirinya tidak akan bertapak lama dalam dunia politik.
Lebih dikenali sebagai Cardock, anak jati kelahiran Sibu itu, berkata dia hanya merancang untuk berada satu penggal sahaja dalam DUN Sarawak sekiranya berjaya dipilih sebagai wakil rakyat 18 Disember depan.
Cardock menyifatkan perjuangannya kali ini cukup berbeza dan matang dengan fokus utama membangunkan sosio-ekonomi dan taraf hidup masyarakat di kawasan Dudong.
“Saya bertekad dan bejanji selepas lima tahun saya berhenti, saya tidak akan bertahun-tahun dalam bidang politik seperti apa yang saya selalu kongsikan bahawa saya suka mencuba sesuatu yang baharu.
“Kerana saya mahu menjadi wakil rakyat sekali ini sahaja supaya saya dapar menyalurkan bantuan yang diberikan dan yang sepatutnya diterima rakyat itu secara adil dengan meletakkan satu standard baharu bagaimana wakil rakyat patut menjalankan amanah mereka,” katanya dalam satu temubual khas bersama Astro Awani pada Selasa.
Tambahnya, transisi daripada penggiat industri digital sepenuh masa kepada seorang ahli politik adalah satu pilihan yang berisiko namun berbaloi untuk dicuba.
Pengalamannya yang pelbagai dalam industri media serta program pembangunan kemahiran digitalisasi yang diceburinya puluhan tahun lalu telah disusun rapi untuk meletakkan dirinya ke tahap sekarang ini.
“Persediaan itu telah lama saya rancang, dan saya kena pastikan setiap perkara itu dikendalikan secara berperingkat walaupun dunia politik ini ada risikonya namun saya tetap berani mencuba.
“Menang atau kalah tidak ada rugi bagi saya kerana saya ikhlas, namun saya khuatir akan masa depan rakyat Dudong, namun menjadi wakil rakyat bukan hanya pada Dudong, kita tidak boleh spesifik dan saya akan terus merancakkan idea pembangunan dan kebajikan yang idealisitik juga di kawasan lain,” katanya.
Seperti parti yang lain, Cardock juga mengutamakan beberapa perkara dalam manifestonya antara untuk meningkatkan daya saing belia di Dudong melalui program ekonomi digitalisasi.
“Setiap bulan saya akan laksanakan program dan kursus latihan secara percuma bagaimana penduduk di Dudong ini boleh menjana pendapatan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya melaui Cardock Academy.
“Selain membuat kandungan, kita akan didik penduduk di Dudong untuk mencipta isi kandungan yang boleh mengangkat industri pelancongan sekaligus pelaburan ke kawasan ini dan saya jangka pulangan ekonomi akan memacu dengan lebih rancak,” ujarnya.
Calon Bebas berusia 37 tahun yang dikatakan ‘underdog’ dalam politik tempatan ini dijangka akan memberi saingan hebat kepada pencabar utama DUN N.52 Dudong, Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing selain enam lagi calon daripada parti yang lain.
King Sing yang juga berasal daripada Sibu berpengalaman besar dalam pentadbiran kerajaan negeri dan pusat dengan lima penggal sebagai Ahli Parlimen Bintulu dan Duta Khas Kepada Perdana Menteri bertaraf menteri ke China.
Berdasarkan data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan N.52 Dudong memiliki daftar pemilih paling ramai dengan 34,955 pemilih dan majoritinya berusia 30 hingga 39 bersamaan 25.02 peratus.
Nuzuluddin Abdul Razak
Wed Dec 08 2021

Personaliti YouTube, Fadhil Mohd Isa yang lebih dikenali sebagai Cardock berhasrat meningkatkan daya saing belia di Dudong melalui program ekonomi digitalisasi. - Foto Astro AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.

Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.

Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri

Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.

Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.

'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.

PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi

PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.

PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.