Tan Sri Musa Aman membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berhubung kes sebagai Ketua Menteri (KM) Sabah didengar dengan segera.
Jelas Musa, isu itu penting kepada rakyat Sabah dan mesti diselesaikan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini kerana mempunyai kesan langsung terhadap kesahihan pilihan raya tersebut.
Bukan itu sahaja, tegas Musa, sebarang penangguhan (pendengaran kes) dilihat sebagai menafikan proses menuntut keadilan.
“Ini kerana ia akan mempunyai kesan langsung kepada kes sedia ada jika Mahkamah Persekutuan mendengar kes itu selepas 12 September ini iaitu pada Hari Penamaan Calon. Barisan peguam saya telah meminta supaya sesi pendengaran diawalkan.
”Sehubungan itu, saya memohon Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara memberikan saya tarikh perbicaraan lebih awal berbanding apa yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
BACA: Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa Aman dan 32 ADUN
BACA: PRN Sabah: Semua pihak perlu terima keputusan Mahkamah Rayuan - Shafie Apdal
Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga menjelaskan beliau dan 32 ADUN yang lain melahirkan rasa kecewa tetapi menghormati keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan berhubung kes pembubaran DUN Sabah.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, pada Selasa membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak Tan Sri Musa Aman, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Istana Kehakiman di sini petang ini.
Kata Musa, beliau sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa penyingkirannya adalah tidak berperlembagaan.
“Justeru, sesiapa yang mengangkat sumpah selepas penyingkiran saya, adalah tidak lebih daripada sekadar perampas yang tidak sepatutnya diberi kebenaran untuk menjalankan tugas secara sahih mengikut perundangan sebagai Ketua Menteri Sabah.
“Tindakan membenarkan individu sedemikian menjalankan tugas berasaskan perlembagaan sebagai ketua menteri bakal mengundang kesan berpanjangan, seperti yang kita saksikan pada masa kini,” katanya.
Assim Hassan
Tue Sep 08 2020
![PRN Sabah: Tidak menyerah, Musa Aman rayu mahkamah dengar kes sebagai KM segera PRN Sabah: Tidak menyerah, Musa Aman rayu mahkamah dengar kes sebagai KM segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/81599556351_MusaAman.jpg)
Musa yang juga ADUN Sungai Sibuga menjelaskan beliau dan 32 ADUN yang lain melahirkan rasa kecewa tetapi menghormati keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714115737_KualaKubuBharu.jpg)
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
![PRK Parlimen Kemaman bermula hari ini PRK Parlimen Kemaman bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700265400_TBPRKKemaman.jpg)
PRK Parlimen Kemaman bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.
![PRK Jepak: Cuaca diramal cerah pada hari penamaan calon esok PRK Jepak: Cuaca diramal cerah pada hari penamaan calon esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697793900_SPR.jpg)
PRK Jepak: Cuaca diramal cerah pada hari penamaan calon esok
Keadaan cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak esok, diramal cerah pada sebelah pagi.
![PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695443905_TBPelangai.jpg)
PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.
![Pastikan Pelangai terus jadi kubu kuat BN - Mohamad Pastikan Pelangai terus jadi kubu kuat BN - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690518723_DatoSeriUtamaHaj.jpg)
Pastikan Pelangai terus jadi kubu kuat BN - Mohamad
Jentera Barisan Nasional (BN) perlu menyantuni setiap pelusuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, bagi memastikan kawasan itu terus menjadi kubu kuat parti itu di Pahang.
![Pengumuman peruntukan tiada kaitan dengan PRN - PM Pengumuman peruntukan tiada kaitan dengan PRN - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690715092_AnwarIbrahim.jpg)
Pengumuman peruntukan tiada kaitan dengan PRN - PM
Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung peruntukan kepada golongan belia di Terengganu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
![Remaja antara dua ditahan terbangkan dron pada hari penamaan calon Remaja antara dua ditahan terbangkan dron pada hari penamaan calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690645334_LogoPDRM.jpg)
Remaja antara dua ditahan terbangkan dron pada hari penamaan calon
Polis telah mengarahkan supaya dron itu diturunkan sebelum dirampas bersama seunit telefon bimbit iPhone 7 Plus.
![PRN: Bakal calon disaran buat semakan awal - SPR PRN: Bakal calon disaran buat semakan awal - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690364264_SPR.jpg)
PRN: Bakal calon disaran buat semakan awal - SPR
Bakal-bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada hari penamaan.
![PRU15: Wee tidak pandang mudah cabaran lawan di Ayer Hitam PRU15: Wee tidak pandang mudah cabaran lawan di Ayer Hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667644880_WeeKaSiong.jpg)
PRU15: Wee tidak pandang mudah cabaran lawan di Ayer Hitam
Wee, yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) juga menganggap tentangan daripada dua lawannya sebagai cabaran besar.
![Ramalan hujan, ribut petir sepanjang hari esok - MetMalaysia Ramalan hujan, ribut petir sepanjang hari esok - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51643807291_hujanlebat.jpg)
Ramalan hujan, ribut petir sepanjang hari esok - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sepanjang hari esok.